Dalam keseronokan menyambut tahun baru 2019, ragam anak ke sekolah juga menarik perhatian netizen malah kesibukan ibu bapa dalam melihat dan menghantar anak-anak yang perlu ke sekolah juga mencuri tumpuan.

Selain pelbagai ragam netizen yang tular di media sosial, usahawan terkenal iaitu Nur Sajat juga tidak ketinggalan berkongsi perkembangan anak-anak angkatnya di Instagram.

Sajat bersyukur kerana hari ini merupakan hari pertama anak-anaknya itu ke sekolah. Meskipun kini tidak berada di Malaysia, Sajat meluahkan di Instagram bahawa mereka adalah harta yang paling istimewa dan berharga buatnya atau mengelarkan dirinya sebagai ummi.

Bagaimanapun, Sajat juga berharap Syaza dan Syahmi juga dapat membantu insan-insan lain malah menghormati sesiapa pun selain turut berpesan supaya menjaga tingkah laku.

Sajat yang kini difahamkan sedang sambung belajar..

Rata-rata netizn pula meninggalkan komen positif apabila Sajat berkongsi tentang kedua anaknya itu.

Besar pahala awak Sajat..

Semoga Syaza & Syahmi menjadi anak yang soleh & solehah

Sumber: Sajat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *