Pelakon Hanis Zalikha berkongsi pengalaman berdepan pandangan negatif masyarakat yang tidak faham dengan alahan terpaksa dilalui oleh ibu mengandung.

Isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini berkata, peristiwa dia muntah di tandas kafe ketika bersarapan pagi telah mengundang rasa kurang senang segelintir pelanggan dan pekerja restoran berkenaan.

“Tadi baru lepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat satu kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu. Ada satu pagi tu, kita orang dalam perjalanan ke pejabat dan setiap kali kami akan singgah satu kafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja.

“Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dah nak selesai macam tu Hanis mula loya balik. Ya Allah cuba tahan tak nak muntah tahan punya tahan tapi lari jugak ke tandas cafe tu,” ujarnya yang kini hamil tiga bulan anak kedua mereka.

Hanis berkata, selepas keluar dari tandas tersebut, dia mula menyedari pekerja dan beberapa pelanggan memberi pandangan seolah-olah tidak puas hati kepadannya.

Malah, menurut Hanis, suaminya memberitahu terdapat seorang pelanggan meluahkan rasa marah apabila mendengar bunyi muntah tersebut.

Bagaimanapun, Hanis berkata, tindakan suami yang bangun dan mempertahankan dirinya daripada menerima hinaan itu menimbulkan rasa bangga dan terharu.

“Ada pakcik tua ni buat muka menjengkelkan sangat selama kedengaran Hanis muntah tu. Semasa dia bayar kat kaunter dia bising-bising sampai satu cafe dengar. Dia cakap “apa ni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah-muntah!”.

“Jadi suami saya bangun dan bercakap kepadannya; “Ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung.” Terus pakcik tu macam ‘takdelah’ dan berlalu pergi,” ujarnya.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Yusuf Iskandar yang kini bersuai dua tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *