Penerbit dan pengarah Erma Fatima meluahkan rasa kesal apabila ramai pihak mempertikaikan bakat yang ada pada pelakon Janna Nick.

Menerusi entri di Instagram (IG), Erma menjelaskan bakat yang ada pada Janna adalah anugerah diberikan oleh Allah untuk dia mencari rezeki buat keluarganya.

“Kalian kata dia tak pandai nyanyi, kalian kata dia bukan pelakon hebat. Tak apa. Kalian bebas berkata memberi pendapat tanpa perlu bayar apa-apa.

“Aku tahu kenapa dan mengapa dia menggunakan peluang yang Allah berikan ini untuk dia berada di dalam industri ini dan aku melihat dia dari jiwa aku.

“Seorang anak kecil yang nakal dan gila menjadi Hero didalam keluarganya. Mencari rezeki menyara keluarga dari hasil nyanyiannya yang kalian kata tak sedap itu dan dari lakunan yang kalian kata tak bagus itu.

“Itulah pertaruhannya dalam hidup. Aku bangga kerana dia seorang anak yang baik dan bertanggungjawab.

“Dalam waktu yang sama aku juga nak mempertaruhkan telemovie aku ini Disebalik Kasyaf Mu untuk ku buktikan bahawa anak gila @jannanick ini seorang pelakon yang hebat,” tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Erma dan kagum dengan pengorbanan dilakukan oleh Janna untuk memberi rezeki buat keluarganya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *