SELEPAS lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon sensasi Izreen Azminda kini hamil anak pertama bersama suaminya, pemuzik Ude.

SELEPAS lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon sensasi Izreen Azminda kini hamil anak pertama bersama suaminya, pemuzik Ude.

Izreen, 34, membuat pengumuman itu menerusi Instagramnya pada Jumaat sambil mengucapkan syukur atas rezeki tersebut.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Izreen turut memuat naik gambar imbasan ultra bunyi kandungannya yang diletakkan bersebelahan pakaian bayi tertera tulisan I Love Mom & Dad.

Bagaimanapun Izreen tidak memberi sebarang butiran mengenai kehamilannya itu.

Izreen dan Ude berkahwin pada 8 Ogos 2017.

Izreen dan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 31, berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan pemuzik itu yang ketika itu sudah pun mempunyai isteri.

Ude pada 22 Mac tahun lalu, menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh selepas lima tahun berkahwin.

Pasangan itu mempunyai dua anak bersama Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri yang berusia dua tahun.

Manakala Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakam seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar berumur enam tahun.

sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *