Kecoh saat seorang pekerja wanita disamun oleh seorang lelaki berprang para awalnya.Kemudian disusuli dua lagi lelaki lain yang turut memasuki premis dipercayai untuk menyamun.

Ramai tertanya-tanya dengan nasib wanita itu setelah ditarik kearah yang tidak dapat dilihat dari CCTV.

Laporan Harian Metro dibawah melaporkan kejadian yang telah itu. Baca selanjutnya dibawah.

POLIS sedang memburu empat suspek kes samun hotel di Ayer Hitam, dekat Batu Pahat, yang turut mencabvl pekerja wanita hotel berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Razali Mohd Tahir berkata, pihaknya sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat serta mengesan kesemua empat suspek berkenaan.

Katanya, dalam kejadian 5.45 pagi Rabu itu, mangsa sedang bertugas menjaga kaunter hotel berkenaan sebelum pintu loceng hotel dibunyikan seorang daripada suspek.

“Beranggapan suspek mahu menginap di hotel itu, mngsa membuka pintu utama hotel yang dikunci secara automatik bermula tengah malam hingga pagi itu sebelum seorang lelaki masuk dan meluru ke arahnya.

“Lelaki berkenaan kemudian mengacukan prang ke arah mngsa sebelum merentap rantai leher dan gelang emas milik mangsa.

“Ketika kekalutan itu, dua lagi suspek masuk ke dalam premis hotel untuk bersama menyamun mngsa, manakala seorang lagi suspek menunggu di luar hotel.

“Barang yang dilarikan keempat suspek berkenaan termasuk motosikal jenis Yamaha 125Z warna biru, sebuah televisyen LCD 32 inci jenama Sharp serta wang tunai RM350, malah seorang daripada suspek turut mencabvl mngsa wanita berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Dua rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan yang masing-masing berdurasi satu minit 34 saat tular sejak semalam antara lain memaparkan dengan jelas bagaimana suspek berkenaan memasuki premis hotel, mengacukan prang, menyerang serta menyamun mngsa sebelum beberapa suspek lain menyelongkar kaunter dan melarikan barangan termasuk televisyen milik hotel itu.

Razali berkata, ketika kejadian seorang lagi kakitangan hotel iaitu seorang lelaki berada di bahagian belakang namun tidak dapat berbuat apa-apa akibat diugut keempat suspek.

“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan, selain percaya kesemua keempat-empat suspek masih berada di daerah ini, ” katanya.

Video kejadian :

Kongsikan ,semoga pnyamun yg terlibat dapat ditangkap dan dikenakan hkuman setimpal.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *