Pelakon Rita Rudaini hilang keruan apabila haiwan peliharaan hilang sejak 2 Januari lalu.

Rita memberitahu perkara itu menerusi perkongsian di akaun Instagramnya hari ini.

Terlalu sedih dengan kehilangan kucing kesayangannya, Pekan, Rita akui menangis dan tidak lalu makan memikirkan nasib yang menimpa haiwan tersebut.

“Hati hancur… Sedih yang amat sangat… Dari semalam nangis, makan pun tak… Kucing macam anak sendiri…

“Mommy dapat berita pekan hilang 2hb Jan dikawasan Bandar Sunway Semenyih… ALLAH je yang tau hati mommy hancur, kecewa, sedih, lembik…. Tiada yang boleh ganti Pekan…

“Benda bernyawa… Bukan macam hilang pencil boleh ganti… Setiap pagi dah tak ada dengar ketukan pintu dari pekan… Dah tak ada nak tunggu mommy depan pintu…

“Pekan adalah yang paling manja. Mommy yang sambut dia lahir… Tah apalah nasib dia sekarang, makan ke, minum ke…

“Pekan tak pernah keluar rumah, tak pernah jejak tanah. Mommy tatang macam minyak yang penuh. Sayang macam anak sendiri… Dukung macam anak… Luluh hati Allahuakbar… Malam tadi mommy tak boleh tidur fikir Pekan… Selamatkan dia YA ALLAH… Siapa terjumpa tolong pulangkan,” tulisnya.

Menerusi satu lagi entri, Rita berkongsi video pendek yang merakamkan aksi Pekan.

Kata Rita, pintu rumah dan tingkap dirumahnya sentiasa dikunci untuk memastikan kucing kesayangannya selamat.

“Memang kat rumah sliding door tak pernah buka, pintu sentiasa kunci, tingkap sentiasa kunci… Kalau bela kucing ni memang jangan ada ruang pun untuk dia boleh keluar atau kucing lain masuk

“Kucing ni pandai buka cage, buka tingkap cari ruang untuk dia lari kan diri kalau ditempat baru dan dia akan rasa terancam…

“Macam mana mommy jaga korang semua, manjakan korang semua… Rasa luluh, hancur, marah, semua ada.

Rita juga memohon jika ada dianatara pengikut Instagramnya terjumpa Pekan, diminta untuk menhantarkan kucing itu kembali ke pangkuannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *