PELAKON Hanis Zalikha berkongsi pengalaman termuntah di tandas sebuah kedai makan akibat alahan teruk sehingga menyebabkan pelanggan rasa kurang senang.

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu menerusi status di Instagram, hari ini kejadian itu berlaku ketika dia hamil anak sulung, Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun.

“Dalam perjalanan ke ofis, kami singgah di sebuah kafe untuk bersarapan sebelum masuk kerja.

“Hampir selesai makan, saya mula loya balik. Ya Allah, saya cuba tahan tak nak muntah. Tahan punya tahan, tapi lari juga ke tandas kafe.

“Keluarlah segala isi perut sambil mengalir air mata,” katanya kini hamil anak kedua.

Isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu berkata pekerja kedai itu kemudian memberi pandangan pelik.

“Saya tanya suami kenapa pekerja pandang lain semacam. Mula-mula suami kata tiada apa-apa.

“Namun saya tidak puas hati dan tanya dia banyak kali. Akhirnya, suami cerita, ketika saya muntah dapat dengar sampai luar kerana tandas dalam kafe.

“Ada seorang pak cik buat muka marah dan mengadu dengan nada kuat sewaktu membuat bayaran di kaunter juruwang,” katanya.

Sebaik dengar kata-kata lelaki itu, Hanis berkata suaminya menegur dengan memberitahu dia muntah kerana mengandung.

“Suami minta maaf dengan lelaki itu dan memberitahu orang yang muntah adalah isterinya yang mengandung.

“Bila terkenang balik kejadian tu, baru faham maksud suami adalah pelindung,” katanya.

Sementara itu, Hanis turut memaklumkan kini dalam trimester kedua kehamilannya dan masih mengalami alahan teruk.

“Perut dah besar, tapi masih loya teruk. Tadi baru lepas muntah,” katanya.

antara komen peminat beliau dan rakan artis:

sumber: BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *