Pelakon popular, Emma Maembong memang dikenali sikap mesra dengan bapanya apabila sering memuat naik gambar dan video aktiviti mereka bersama di laman Instagram miliknya.

Terbaru, pelakon drama bersiri Awak Suka Saya Tak itu telah membuat kejutan istimewa untuk bapa, Ismail Embong dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah juga bersempena dengan hari jadi bapanya.

“Dari kecik kawan2 mesti cerita “ayah aku CEO” “ayah aku kerja besar” ayah kau Emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau pulak tak sekolah macam mana nak jaga ayah kau.

“Dari umur 15 dah mula bekerja untuk bantu ayoh. Belajar membaca sendiri, belajar erti hidup. Bila kita berjalan banyak benda perlu belajar sendiri.

“Banyak cabaran dan dugaan tapi apa2 pon yang jadi usaha paling penting. And this is for you ayoh. Thank you sebab jaga Tima dengan baik.

“Dari kecik sampai besar. Tima cuma nak ayoh dan mama bangga dengan Tima. Hope you like. Love you so much ayoh,” kata Emma menerusi posting di laman Instagram miliknya.

Rata-rata rakan selebriti dan peminatnya turut meluahkan rasa gembira dan bangga atas kesungguhan serta pengorbanan pelakon berusia 26 tahun itu untuk membalas jasa bapanya.

Tahniah! Bangga dengan awak..

Tumpang gembira! Semoga Allah merahmati awak…

Terharu dapat bahagia mereka.. Anak solehah!

Untung dapat anak macam Emma! Penat lelah carik duit…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih!

Sumber : Emma Maembong via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *