DEK penambahan berat badan yang dialaminya, pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dikenakan hukuman sebaik bersetuju menyertai produksi drama berkenaan.

Baru memulakan penggambaran pada minggu lalu, watak anggota polis lakonan terdahulu bernama Aleeza masih kekal, malah dinaikkan pangkat selaku pegawai atasan menyandang gelaran Deputi Superintenden.

Muatan akaun Instagram milik Abby mendedahkan, dia bagai dihukum pihak produksi yang bertindak menghadkan pergerakkannya untuk aksi lakonan dalam pejabat sahaja.

“Mereka bertegas, selagi belum memperoleh berat ideal, jangan berangan hendak mulakan babak luar dari pejabat.

Abby Abadi menyifatkan watak Aleeza Gerak Khas edisi 2019 sebagai pegawai polis buntal

“Nak tak nak, saya kena turunkan berat badan untuk pastikan proses penggambaran lancar didorong rasa teruja mahu menjayakan adegan lasak di lapangan.

“Saya rindukan babak sepasukan anggota membanteras jenayah termasuk aksi berkejaran antara polis dan penjenayah,” akui aktres itu.

Abby menambah, tempoh selama sebulan ditetapkan demi memastikan dia mampu menyempurnakan misi pihak produksi dan merealisasikan hasrat peribadi untuk tampil lebih langsing. – MHE TV

“Selamat kembali awak” – Norman Hakim teruja Abby Abadi pulang ke sisinya
NAMPAKNYA pelakon sasa, Norman Hakim amat teruja menyambut kepulangan bekas isterinya, Abby Abadimenerusi ucapan yang dizahirkan menerusi media sosialnya.

Memetik kapsyen dimuat naik Norman pada laman Instagram miliknya, dia mengucapkan tahniah kepada Abby yang juga pernah menjadi anggota kumpulan Eliteitu.

“Pertama kali, saya mahu ucapkan tahniah atas kenaikan pangkat dan selamat kembali ke sisi saya,” tulisnya.

Pun begitu, Norman sebenarnya mendedikasikan ucapan itu kepada Abby yang ‘pulang’ ke set penggambaran drama Gerak Khas yang bermula baru-baru ini.

Aksi Abby Abadi ketika kembali berlakon siri Gerak Khas

“Selamat kembali bertugas di Unit Gerak Khas 2019,” sambungnya lagi dalam nada mengusik.

Pada masa sama, Norman mengatakan dia belum lagi memulakan penggambaran drama tersebut tetapi akan beraksi dalam masa terdekat.

“Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh hemah serta berintegriti demi agama, nusa dan bangsa,” tambahnya.

Norman kemudian mengabadikan nama karakter lakonannya, ACP Haris di akhir coretan, manakala Abby difahamkan memikul watak sebagai DSP Aleeza. – MHE TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *