Korea Selatan melalui K-pop dan K-Drama begitu popular di negara ini sejak awal milenium. Para pelakon yang cantik jelita dan kacak begitu mudah menarik perhatian peminat-peminat Malaysia, sehinggakan beberapa drama Korea popular diadaptasi kepada drama tempatan.

Namun tidak ramai menyedari bahawa rakyat Korea sebenarnya tidak sukakan orang luar, dan bersikap rasis terhadap mereka yang berasal dari Asia Tenggara. Baru-baru ini, anggota kumpulan Blackpink yang berasal dari Thailand, Lalisa Manoban, 20, atau lebih dikenali sebagai Lisa, dikatakan bersedih kerana komen Netizen Korea Selatan yang menganggap dia tidak layak popular dan mencari rezeki di Korea Selatan. Mereka memintanya pulang ke Thailand dan bekerja di negara asal.

Komen Netizen Korea itu menjadi tular di media sosial.

“Jujurnya, rakyat Korea tak sukakan kamu.”
Siapa peduli? Dia datang ke Korea untuk mencari wang. Dia tak layak berada di sini. Maksudnya, dia patut balik ke negara asalnya, dan cari rezeki di sana. Jujurnya, kami tidak sukakan Lisa. Saya tahu Korea ialah tempat untuk orang jadi terkenal, sama seperti Lalisa anda.

Baliklah ke kampung halaman anda. Tak bermaksud untuk sakitkan hati kamu tetapi rakyat Korea tak sukakan kamu. Faktanya, kamu tak layak untuk hidup di negara ini.

Ini mendedahkan sikap sebenar rakyat Korea yang tidak sukakan orang Asia Tenggara. Menurut beberapa orang Netizen di Twitter, rakyat Korea diketahui tidak sukakan orang luar, terutamanya mereka yang tua.

“Mereka pandang kaum lain macam monyet.”

“Orang Korea ludah pun kau rasa comel sebab obses sangat.”

“Malah sesama Korea pun mereka rasis”

“Mereka lagi teruk dari makcik bawang dekat sini”

“Mereka mengadu semua perkara, dan takkan mengaku kesalahan diri.”

Disebabkan itu, peminat-peminat Lisa kini memberikan komen mempertahankan Lisa dan memberi kata-kata semangat menggunakan hashtag #RespectLisa dan ia kini trending di seluruh dunia.

Bagaimanapun ia juga membuka mata Netizen negara ini mengenai masalah perkauman dan sikap sebenar rakyat Korea yang tidak mesra dengan warga asing di sana.

Lisa terpilih untuk berlatih sebagai idol dalam satu ujibakat ketika berusia 14 tahun di Thailand, mengalahkan 3,999 peserta lain.

Sejak itu Lisa telah meninggalkan keluarganya di Thailand untuk berlatih menyanyi dan menari di bawah syarikat YG Entertainment sebelum terpilih menyertai Blackpink, yang kini merupakan kumpulan K-pop perempuan paling popular di dunia. – amazingnara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *