Beberapa minggu kecoh di laman Twitter dengan salah satu scene tidak logik dari drama Pujaan Hati Kanda yang kini masih ditayangkan di TV3.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, video tersebut memaparkan Sarah Hildebrand yang memegang watak sebagai Nadine sedang berbual menggunakan telefon bimbitnya.

Namun apa yang menarik perhatian netizen apabila ada seorang lelaki yang mahu turun menggunakan eskalator dibelakang Nadine tapi tersalah menaiki eskalator naik.

Sudahnya jadi bahan la dalam Twitter. Adoi, banyak betul scene ‘kantoi’ dalam drama ini. Korang ni tengok cerita ke cari kesalahan ya?

Rata-rata netizen turut terhibur dan meninggalkan komen seperti berikut:

Tajam juga mata lelaki.

Tak perasan pula.

Teruja sangat masuk TV…

Sumber: Shahir97_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *