Sudah menjadi trend di zaman sekarang apabila ramai ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata akan merakam gambar ‘Newborn’ bayi mereka untuk dijadikan kenangan.

Para selebriti juga tidak melapaskan peluang untuk merakam dan berkongsi gambar newborn bayi mereka untuk tatapan peminat di media sosial.

Baru-baru ini, pelakon Datin Anne Ngasri tidak ketinggalan untuk mengabadikan gambar kenangan anak bongsunya, Nefa Naura untuk sesi ‘newborn photoshoot’.

Gambar-gambar menarik sepanjang sesi penggambaran itu dikongsikan oleh Anne menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

“Newborn session. Im so blessed & thankful to Allah for so many miracles in my life.

“Now you are part of it baby Nefa Naura. Alhamdulillah,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IG mengakui geram melihat aksi comel Nefa Naura.

Anne melahirkan Nefa Naura pada 28 November lalu.

Anne yang pernah popular menerusi drama bersiri Cili Padi mendirikan rumah tangga dengan Sumali pada 22 Disember 2012.

Anne dan Sumali dikurniakan seorang anak lelaki Sufi Harraz yang kini berusia lima tahun.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.

Jom layan gambar-gambar ‘Newborn Photoshoot’ Nefa Naura:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *