Mungkin sebab peminat sudah lama tidak menonton aksi pelakon Tiz Zaqyah di televisyen, segelintir berpandangan pelakon itu sudah naik berat badan.

Pelakon drama popular, Nur Kasih itu memuat naik satu foto di Instagramnya, @tiz.zaqyah dengan status dia baru saja menjalani proses rawatan muka.

Meskipun statusnya memberitahu peminat dan netizen di media sosial bahawa dia gembira menjalani rawatan tersebut sehingga kulit muka berasa segar dan kelihatan lebih cantik, netizen pula memberi komen sebaliknya.

“So sweet n chubby..,” kata netizen dikenali @herry_scm.

Ada netizen memuji pelakon itu semakin cantik dalam menjaga penampilan diri seperti rambut dan ada juga beranggapan pelakon itu nampak berbeza.

“Lainnye muka..ingat amoi mana,” katanya @sye8plus.

Netizen @qayyumkhazin juga berpandangan sama, pelakon itu semakin berisi.

“Love ur kak tiz dri zman nur kasih time tu nita mmng pemint stia akk xbrhnti hnti support kdng2 doa smoga akk brjaya dlm sni lakonan srius mnat giler ap2 citer akk best ..,” kata netizen @asnita_jathrow.

Foto: IG @tiz.zaqyah

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *