Rozita Ibrahim pengasas sendayu tinggi merupkan ibu kepada Dato Seri Aliff SyukriKamarzaman Pengasas D’herbs Terlajak laris.

Pada yang tidak tahu, selepas ibunya berjaya menjadi usahawan, Aliff dimasukkan ke sekolah swasta Integrasi As-Syakirin di Seksyen 13, Shah Alam. Semasa itu, mereka berpindah ke Subang Jaya, Selangor. Kemudian dia dilantik menjadi ketua Pemasaran Sendayu Tinggi Sdn. Bhd., Aliff sering mengikuti program promosi produk di seluruh negara.

Kini Anak kedua Pengasas Sendayu Tinggi kini bergelar seorang jutawan yang merupakan Pengasas D’Herbs “Terlajak Laris”.

Wanita ini berkahwin pada usia yang muda iaitu semasa berusia 18 tahun. Takdir Allah jodohnya tidak kekal. Beliau terpaksa melalui perceraian dan membesarkan anak-anaknya sendirian. Pada tahun 2006, Berkahwin untuk kali ke-2 dengan jejaka pilihan dan dikurniakan cahaya mata yang kini sudah berusia 12 tahun.

Anak kesayangan Rozita ini diberi nama Nur Ain Sufiah.

Rozita mempunyai 8 orang anak hasil perkongsian hidup bersama suami pertama. Anak keduanya meninggal dunia akibat lemas semasa baru berusia 11 tahun. Salah seorang dari mereka pula cacat.

Siapa sangka, Aliff Syukri mempunyai seorang adik tiri yang seusia dengan anaknya. Beliau berkahwin pada usia yang muda iaitu semasa berusia 19 tahun dan pada masa itu isterinya Datin Nur Shahida berusia 22 tahun. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.

sumber: Hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *