Sejak penyanyi dan pelakon mengambil keputusan berkahwin, dia terus meninggalkan kerjaya nyanyian yang melonjakkan namanya di persada seni tanah air. Keputusannya untuk berkahwin dan kemudiannya berhijrah ke arah kehidupan lebih baik menyebabkan dirinya terus hilang tanpa khabar berita. Namun kemunculan Waheeda di konsert pertama Gema Gegar Vaganza musim kedua Sabtu lalu mengejutkan ramai pihak.

Waheeda yang popular dengan lagu Wassini itu nyata pengubat kerinduan peminat dengan kemunculannya yang cukup stailo dan tetap menarik walaupun kekal berniqab. Memilih busana dress dengan niqab warna merah jambu serta diserikan dengan beg tangan kecil menampakkan dirinya tetap menjaga penampilan biarpun sudah berhijrah 360 darjah.

Kemunculan Waheeda ini bagi memberikan sokongan kepada penyanyi nasyid yang pernah satu ketika dahulu popular di persada seni tempatan. Dalam kenyataan di Astro Gempak, Waheeda menyatakan tidak sabar untuk bertemu mereka sepanjang 7 minggu program ini bersiaran memandangkan dia dulunya adalah ‘pompom girl’ kumpulan Brothers.

Kehadirannya juga turut disedari oleh peminatnya yang mula membayangkan dirinya untuk menyertai GGV selepas ini. Malah peminatnya juga tidak sabar untuk mendengar suara lunak Waheeda yang sedikit unik.

Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahad 39 tahun merupakan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini. Malah lagu ini juga pernah dinobatkan sebagai juara kategori Irama Malaysia bagi Anugerah Juara Lagu 2003.

Malah Waheeda juga sebenarnya cukup aktif berlakon antaranya Jutawan Fakir, Tujuh Perhentian, Anak Mami Kembali dan Nana Tanjung.

Menurut salah seorang rakan artis yang turut terkejut dengan kehadiran Waheeda adalah Catriona Ross. Pelakon ini sebenarnya sudah 10 tahun terputus komunikasi sejak pelakon itu menghilangkan diri dalam dunia seni tanah air.

Menurut Catriona dia yang dududk di kerusi disediakan tiba-tiba mendengar suara yang sangat dikenalinya suatu ketika dulu. Dia terus melihat dan memang tahu itu adalah Waheeda Wassini. Ternyata keduanya kemudian mengambil kesempatan untuk bergambar bersama.

Begitu juga dengan peminat Waheeda yang turut rindu dengan suara serta penampilan terkini penyanyi ini.

@mrneaz_one We all miss u lah kak waheeda..im glad nanti dpt dgr u punya “touch” kat lagu yg akak tgh produce nih…artis nye secret lg eh? Ke boleh reveal dah? Hehe

@sitti_bani finally i got ig waheeda wassini my idol

😍😘
miss u sis! @gothicniqabiah

Waheeda juga turut aktif di laman sosial dengan menggunakan akaun @gothicniqabiah yang mempunyai follower hampir 3K. Jika di lihat di laman IGnya, penyanyi ini banyak menyampaikan dakwahnya di media sosial dengan berkongsi status berupa peringatan atau pesanan kepada followernya.

Sumber : Hijabista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *