KUALA LUMPUR: “Cakap lebih pun tiada makna, apa yang saya boleh lakukan hanya doakan yang terbaik untuk dia,” kata pelakon Kamal Adli.

Pada masa sama, bekas kekasih Emma Maembong itu juga berharap, netizen tidak berterusan menghentam pelakon itu apabila membuat keputusan tidak lagi mengenakan tudung selepas lima tahun berhijab.

“Pasti dia mempunyai alasan tersendiri apabila berbuat demikian. Setiap yang berlaku pasti mempunyai sebab, siapa kita untuk terus menghukumnya,” kata pelakon filem Niyang Rapik dan Abang Long Fadil itu.

Ketika Emma dan Kamal masih bersama

Pelakon kelahiran Pahang berusia 32 tahun itu berkata, dia turut menerima tempias apabila sesetengah peminat masih mengaitkan mereka, terutama di laman sosial.

“Ada peminat yang mengaitkan saya di Instagram hingga perkara yang tiada kena mengena dengan diri juga saya tahu.

“Ada yang meninggalkan komen di laman Instagram saya, tetapi saya tidak baca. Lagipun, kami sudah tiada apa-apa hubungan dan semua itu urusan peribadi Emma,” katanya.

Pasangan itu pernah empat tahun menjalin cinta sebelum mengambil keputusan membawa haluan masing-masing pada Oktober 2017.

“Kami sudah tidak lagi berhubungan. Tidak wajar rasanya saya mencampuri urusan peribadi Emma kerana antara kami sudah tiada apa-apa hubungan,” katanya.

Ketika Emma dilanda kontroversi apabila fotonya tidak bertudung tular di media sosial, baru-baru ini, Kamal turut memberikan kata semangat menerusi komen ringkas di Instagram bekas kekasihnya: “Stay strong ya. Allah kan ada.”

Emma Kini ‘Free Hair’, Tetapi IG Kamal Adli Pula Dihujani Komen Netizen

Isu Emma Ini telah terpalit sama dengan bekas kekasihnya iaitu Kamal Adli. Menjengah di ruangan komen pada setiap gambar aktor kacak itu, dia turut dihujani komen netizen mengenai perkara tersebut.

Dalam perkembangan lain, Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani kini tampil dengan gaya rambut berwarna ash grey.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *