Kulit putih kemerah-merahan, hidung mancung dan bersusuk tubuh langsing. Sememangnya, Nadia Shahrul Annuar lengkap dengan pakej yang didambakan semua wanita. Tidak bersandar kepada rupa paras semata-mata, anak kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton ini rupa-rupanya mengikut jejak langkah ibunda tercinta.

Barangkali terpikat dengan kejayaan yang dikecapi ibunya itu, anak kedua daripada lima beradik ini turut membabitkan diri dalam bidang perniagaan berasaskan kecantikan.

Hadir dengan label keluarannya sendiri iaitu Nadia’s Secret, rangkaian produk yang diusahakan Nadia adalah mampu milik dan berkualiti. Mengambil singkatan namanya sendiri sebagai jenama perniagaan, dia yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri pengacaraan menggunakan segala ilmu kecantikan yang diperoleh bagi menghasilkan produk Nadia’s Secret.

“We believe in quality and want our customers to fall in love with each new product we develop and then fall head over heels when they find out it is all affordable! Nadia’s secret diciptakan oleh wanita, direka oleh wanita dan dihasilkan buat seluruh kaum wanita di luar sana.”

Antara produk Nadia’s Secret ialah minuman kesihatan dan kecantikan Be The Glamorous yang diformulasi untuk membantu menurunkan berat badan, detoks, anti penuaan dan pemutihan kulit. Terbaru, Nadia hadir dengan pati makanan tambahan Be Lemtox yang mempunyai ramuan istimewa diimport dari Itali. Be Lemtox juga berfungsi dua dalam satu kerana selain membantu menurunkan berat badan ia juga bagus untuk proses detoks.

Yang pasti, produk ini menggabungkan 100% ramuan asli bagi pelangsingan tubuh dan kesihatan kulit. Pengguna yang ingin mencuba Be The Glamorous Drink dan Be Lemtox tidak perlu berasa was-was terhadap produk ini kerana ia telah disahkan Halal daripada pihak JAKIM.

“Ini adalah bukti bahawa Nadia sensitif kepada keperluan pengguna khususnya pengguna Muslim yang mahukan produk halal. Dengan adanya pengesahan Halal ini, Be The Glamorous Drink mendapat jaminan kualiti berasaskan syarak yang menekankan aspek mutu produk, kesucian dan keselamatan.”

Pada hujung Januari tahun lalu, Nadia turut dipilih oleh Datuk Seri Aliff Syukri sebagai antara lima figura wanita yang mempunyai aura dan jumlah pengikut yang ramai di Instagram untuk menjayakan koleksi tudung eksklusif AliffbySha V Nadia Annuar. Empat lagi wanita hebat yang tersenarai untuk koleksi tudung berkenaan ialah Datin Seri Shahida, Joy Revfa, Uyaina dan Nabila Razali.

Walau pun sibuk menguruskan suami dan anak, namun Nadia tetap komited dalam apa jua bidang yang diceburi baik dari segi kecantikan diri mahupun perniagaan. Sudah beranak dua pun badan masih langsing dan cantik. Memang mewarisi kecantikan ibunya, Kak Ton!

Moga pekerjaan yang dilakukan Nadia mampu memperkasakan kredibiliti para wanita dan menyuntik semangat inspirasi buat semua.

12 Petua Kecantikan Yang Diamalkan Nadia Annuar

-Minum air putih yang banyak
-Pastikan amal pemakanan sihat bukan saja untuk cantik tapi untuk kesihatan
-Sentiasa berfikiran positif demi mengurangkan stres iaitu punca utama penuaan sebelum waktu
-Tidur secukupnya tapi jangan berlebihan
-Kurangkan pengambilan gula kerana selain boleh menggemukkan ia juga antara penyebab kanser
-Pilih suplemen yang sesuai dan semula jadi
-Amalkan produk penjagaan kulit yang semula jadi dan bebas bahan kimia
-Bersenam sebab buat otak lebih cerdas, badan sihat dan cantik
-Jangan tidur lewat dan bangun awal
-Cuci muka dengan bersih seelok-eloknya tiga kali sehari
-Tak perlu perawatan facial mahal cuma pakai masker sekurang-kurangnya sehari seminggu
-Banyakkan makan sayur dan buah-buahan

sumber : nona.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *