Selepas kontroversi pelakon Emma Maembong tanggal tudung beberapa hari lalu, netizen mula melihat daripada sudut positif akan keputusan itu.

Malah, ada juga yang mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan tudung-tudung yang pernah dijual dengan nama Emma Maembong Hijab terutama koleksi My Sketchbook Shawl yang dikeluarkan pada 2017.

Ketika ditanya sama ada kesemua koleksi tudung Emma akan diniagakan secara preloved, ini jawapan kakak Emma, Shikin Maembong.

“Tudung Emma semua dah dalam almari saya. Saya pakai,” jawabnya menerusi komen yang ditulis netizen di Instagramnya.

Malah, ada dalam kalangan peminat setia Emma yang mencadangkan agar tudung-tudung pelakon itu dihadiahkan secara percuma.

Namun, ini pula reaksi Shikin; “Tak perlu kot. Sebab saya yang jual.”

Tudung bawal (EM Dreamcatcher Bawal) dan shawl (Astakona Shawl) yang dikeluarkan dengan nama Emma itu telah dijual dengan harga sekitar RM89 hingga RM119.

Uniknya koleksi itu apabila ia mencetak semula hasil lukisan kreatif Emma.

Sementara itu, Shikin dalam entri terbaharu memuat naik fotonya bersama Emma bersama kapsyen sokongan terhadap adiknya itu.

“Keep calm, stay strong and make them wonder how you’re still smiling @emma_maembongofficial,” tulisnya.

Komen netizen:

Kita sebagai manusia hanya perlu berdoa yg baik2 je tak perlu kecam atau hina nanti kita je yg dpt dosa kering. Hrp jgn ada yg kecam lgi terus kan berdoa utknya

Bakal2 penghuni syurga kena bersabar dengan segala caci maki..tak kisah org nk ckp apa kita tetap laksanakan perintah allah yg wajib..jgn kita lemah dgn melakukan perkara yg berdosa… Hinaan tu akan allah ganti dengan Pahala yang berterusan jika engkau sabar mengharunginya…tapi emma buat sebaliknya ..hhmm

sebelum buruk sngka..kite lihat diri kite..mgkn emma ade sebab dan asbab dia..yg pasti pelihara hati dn lidah kite..emma untung dpt kakak mcm kak @shikin_maembong .. yg sentiasa support.. doa yg baik2 jek.. semoga emma diberikn kekuatan dlm meneruskn karier di bidang seni..in shaa allah..asalkan pakaian masih tertutup seperti dlm gmbr itu adalah yg terbaik

Foto: IG Shikin Maembong, IG Emma Maembong Sketchbook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *