Susulan kontroversi berkaitan hubungan mereka, pelakon Emma Maembong dan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Carian terbaharu di akaun Instagram Emma mendapati dia hanya mengikuti tiga akaun, malah dia juga tidak mengikuti akaun mana-mana rakan artis, termasuk ahli keluarganya.

Syed Abdullah pula bertindak ‘menyembunyikan’ (archive) gambar-gambar yang dimuat naik bersama Emma, namun ia hanya untuk beberapa jam.

Sementara itu, netizen dilihat masih tidak berputus asa untuk meninggalkan komen bernada nasihat di Instagram Emma, apatah lagi pelakon Kimchi Untuk Awak itu tidak menutup ruangan komennya.

Antara lain mereka menasihatkan agar Emma tidak terlalu teruja memuat naik gambar terbaharunya yang tidak bertudung, ketika hal berkenaan masih hangat diperkatakan.

Sejak memutuskan untuk menanggalkan tudung empat hari lalu, Emma sudah memuat naik enam posting gambar terbaharunya, yang menimbulkan rasa tidak puas hati peminat.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *