Meski menerima macam-macam kritikan serta pandangan netizen mengenai perubahan terkini pelakon Emma Maembong, namun teman rapatnya iaitu pelakon Alvin Chong sentiasa ada bersama.

Malah, Alvin juga ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon Kimchi Untuk Awak itu.

“Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang. Dua tiga kawan ku cari, mana nak sama Emma seorang. #DoaBaikBaik #CakapBaikBaik,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen pula, netizen memuji sikap Alvin yang sentiasa ada bersama Emma dalam apa juga keadaan sekalipun.

Untuk rekod, Alvin dan Emma pernah bergandingan bersama menerusi drama Hantu Judi arahan Michael Ang.

Foto sumber: IG Alvin Chong

sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *