Tak terasa ya, pada ketika ini kita sudah memasuki tahun 2019, bila diimbas kembali, berbagai hal yang berhubungan dengan kehidupan selebriti sering mencuri perhatian netizen. Dari kerjaya sehinggalah kisah cinta menjadi bualan hangat netizen.

Tak hanya itu, hal berkaitan dengan penampilan pun juga menjadi perhatian ramai orang. Dari fesyen yang dikenakannya, netizen akan membanjiri komen di media sosial untuk mengecam dan memberi nasihat terhadap artis yang berpakaian seksi.

Pada tahun 2018, jom lihat deretan selebriti yang pernah terkait dengan kontorversi yang memakai busana paling seksi!

Kila Fairy

Kilafairy menjadi mangsa buli siber apabila posting mempromosi produk penjagaan wanita menjadi medan netizen mengecam pakaiannya. Foto Kilafairy turut mengundang komen berbaur lucah daripada netizen yang mengatakan iman mereka tergugat saat melihat “aset mantap” pelakon wanita itu.

Amelia Handerson

Pada oktober yang lalu, Amelia dilihat telah menyambut hari lahirnya yang ke 23 dan turut berada di Hong Kong bagi menghadiri sebuah acara kelolaan sebuah jenama pakaian dalam wanita terkenal. Oleh kerana Amelia telah memuatnaik gambar dia berpakaian seksi, netizen telah meninggalkan komen-komen negatif di Instagram Amelia.

Neelofa

Pada Ogos yang lalu, Neelofa telah menggayakan jenama di bawah The Melium Group, di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018. Neelofa telah dikecam berpakaian pakaian terlalu seksi dan menampakkan bentuk tubuh yang agak ketara. Ramai yang menasihati pengacara ini agar tampil berhati-hati dalam berfesyen apatah lagi statusnya yang kini berhijab.

Raja Ilya

Pelakon yang baru saja bergelar isteri ini menimbulkan kontroversi gara-gara memuat naik gambarnya yang memakai sport bra berwarna merah dipercayai diambil di sebuah tempat awam. Lantaran itu, pelbagai kecaman diterima oleh Ilya kerana gambar tersebut tidak sesuai dimuat naik di media sosial.

Janna Nick

Janna telah telah dikecam oleh penonton dan peminatnya gara-gara memakai seluar yang terlalu singkat dan bajunya juga dikatakan agak singkat ketika mengacarakan program hiburan Melodi di TV3.

Menurut Janna, pembantu peribadinya meminta Janna untuk memakai seluar tersebut kerana ia lebih sesuai dipadankan dengan baju yang dipakai oleh Janna ketika itu. Tidak mudah melatah dengan teguran tersebut, sebaliknya Janna berjanji akan lebih menitik beratkan soal pemakaiannya.

Nama Janna Nick dalam industri hiburan tanah air bukanlah dianggap janggal lagi malah sering meniti di bibir peminat.

Namanya kian meningkat naik selepas drama slot Akasia TV3 bertajuk KAU AKU KITA dimana menerusi drama tersebut Janna digandingkan bersama pelakon popular Saharul Ridzwan.

Meskipun begitu, drama tersebut bukanlah lakonan pertama Janna malahan sebelum ini pernah muncul dalam beberapa drama Jodoh, Jodoh 2 dan juga Pada Syurga Di Wajah Mu yang mana mungkin kemunculannya ketika itu tidak menyerlah.

Kini pula pelakon Janna juga tidak terlepas mencetuskan kontroversi panas sekaligus namanya kini semakin dikenali ramai dan bertapak di hati peminat.

Penulis juga menjangkakan artis Malaysia, Janna Nick bakal meningkat naik selepas ini melihatkan sahaja daripada pakej yang ada pada dirinya termasuklah kelebihan yang ada pada dirinya berdasarkan biodata Janna Nick yang dikongsikan bersama dengan anda seperti di bawah ini :

Biodata Janna Nick Nurul Jannah

Nama Penuh : Nurul Jannah binti Muner
Nama Komersial : Janna Nick
Keturunan : Cina, Pakistan & Thai
Tarikh Lahir : Tahun 1995
Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah
Umur : 20 Tahun (2015)
Adik Beradik : Anak ke 2 daripada 4 beradik
Biodata Adik Perempuan Nurul Jannah : Nurul Balqish binti Muner (11 Tahun) diangkat menjadi School Cheerleaders.
Pendidikan Janna Nick
Sekolah Menengah : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota (SPM)
Pencapaian Akademik : Mendapat 6A 2B+ dalam SPM

Sumber : hangat.com dan mediapenmerah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *