Susulan sekeping foto gadis mirip pelakon Emma Maembong yang tampil seksi sambil posing dalam keaadan berbaring yang sudah pun viral di media sosial, Emma menjelaskan gambar tersebut bukanlah dirinya.

Sebaliknya, ia telah disunting pihak tak bertanggungjawab malah hasil suntingan yang dilakukan juga jelas kelihatan, seperti yang dikongsi Emma.

Pelakon sensasi itu ada berkongsi foto tersebut menerusi Insta Stories Instagram, awal semalam.

Susulan sekeping foto gadis mirip pelakon Emma Maembong yang tampil seksi sambil posing dalam keaadan berbaring yang sudah pun viral di media sosial, Emma menjelaskan gambar tersebut bukanlah dirinya.

Tambah Emma, jika benar itu adalah gambarnya, dia sesekali tidak akan menafikan perkara tersebut malah bersedia untuk mengaku.

“Nampak teruk edit tu,” kongsinya lagi.

Namun berani kerana benar dan Emma tidak menunggu lama untuk menjawab tentang penularan foto seksi tersebut.

Menurut Emma, dia tiada masa untuk melayan perkara tidak berfaedah seperti itu bahkan turut menempelak individu yang begitu gigih menyunting gambarnya semata-mata untuk mendapatkan perhatian ramai.

Sejak membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab, Emma tidak henti-henti dikecam dan diasak dengan pelbagai komen negatif daripada netizen.

Terdahulu, nama Emma menjadi buah mulut ramai apabila mengambil keputusan untuk membuka tudung, baru-baru ini.

Foto : Instagram Emma Maembong

kredit: MH via Mhetv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *