Kenyataan Liyana Jasmay mengenai cuaca panas Khatulistiwa di Malaysia kurang sesuai untuk ‘hijab styling’ bagi wanita disini menjadi perhatian netizen.

Ia tercetus apabila Liyana menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu dalam foto yang dikongsi, dia masih boleh tersenyum walapun sedang menahan panas memakai jaket di siang hari.

Menurut Liyana ‘hijab styling’ lebih lawa jika memakai baju berlapis tapi kurang sesuai untuk pakai di Malaysia dengan cuaca yang sangat panas.

Liyana kemudian bertanya adakah pengikutnya setuju jika dia katakan wanita berhijab akan lebih bebas berfesyen jija berada di negara empat musim.

“Senyum walaupun panas. Siap pakai jacket lagi. Hijab styling sebenarnya lawa bila kita baju layers tapi Malaysia sangat panas.

“So mampu dress and jacket je. Itupun dah peluh bagai nak gilaaa!! ( reality of life di negara khatulistiwa)

“ If only 4 musim, sure dah stylo dah hijab girls kat malaysia ni! Siapa sokong angkat tangan!,” tulisnya

Rata-rata bersetuju dengan pendapat Liyana kerana memahami keadaan situasi yang dimaksudkan.

Namun terdapat jyga netizen yang kurang bersetuju kerana mereka berpendapat jika di berada di musim sejuk lain pula cabarannya.

Menerusi entri tersebut Liyana berkongsi fotonya berjaket bersama dengan suaminya.

Alhamdulillah Liyana Jasmay Kini Bertudung
Tarikh 26 Julai lalu diabadikan sebagai detik berharga bagi aktres terkenal, Liyana Jasmay yang membulatkan kata hati untuk bertudung.

Sekian lama berfikir dan terdetik di hati untuk menutup aurat, pelakon dan penyanyi terkenal, ini akhirnya nekad berbuat demikian pada tarikh tersebut.

Ibu kepada Selena dan Sofia Arissa ini akhirnya bagai mendapat isyarat terbaik melakukan tanggungjawab sebagai wanita Islam.

Bulatkan kata hati.
“Sudah lama saya berfikir untuk keputusan ini (bertudung). Tapi hari itu terdetik di hati dan saya juga panjangkan hal ini kepada mama.

“Mama menyambut baik dan berkata kalau hati bulat berbuat begitu, maka teruskan.

“Suami juga memanjat kesyukuran di atas keputusan ini,” katanya penyanyi lagu Oh Na Na itu.

Menurut pelakon yang bakal muncul dengan filem Bella & Jamie ini, dia juga kebetulan pada hari mula bertudung mempunyai temu janji fotografi bersama jurugambar terkenal Pinography.

Mahu jadi lebih baik.
“Memang sudah lama Pinography nak rakamkan gambar baru saya. Dijadikan cerita pula pada hari pertama saya bertudung, fotografi itu dijalankan.

“Dia sendiri terkejut dan tumpang gembira,” katanya.

Menurut Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2009 itu, dia masih lagi Liyana Jasmay yang dulu.

“Saya harap akan istiqamah. Semua manusia mahu menjadi lebih baik daripada sebelumnya. InsyaAllah,”katanya.

Sumber : Gempak / rojakdaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *