Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata namun apabila melihat video terbaharu yang dimuat naik oleh Zarina Zainuddin di Instagram beliau, berhabuk mata dibuatnya. Tergambar gelas bahawa Zarina merupakan seorang ibu yang cukup tabah melenan dugaan serta cabaran yang telah beliau lalui.

Setelah Doktor Mengesahkan Anak Kembar Austisme
Apabila mengimbas kembali saat mengetahui ciri-ciri autisme yang ada pada anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini masing-masing sudah berumur 20an, Zarina sendiri pada awalnya agak terkejut dan suka untuk menerima hakikat.

“Di waktu saya melahirkan anak kembar saya ini usia saya 25 tahun masih kuat bertenaga saya dapat melahirkan keduanya secara normal biarpun ketika itu kandungan saya berusia 8 bulan” kata Zarina Zainuddin.

“Muhammad Razil Azrai lahir dulu seberat 1.6kg selepas 3 minit lahir pula Muhammad Raizal Azrai beratnya cuma 1.4kg.
Lebih kurang 10 hari dalam incubatur dengan cahaya lampu biru. Mereka dibawa keluar dari wad. Dan Alhamdulillah tumbesaran nya normal sehingga berusia setahun setengah saya dapati anak saya terlalu aktif Azal dah boleh mula bercakap Azil masih tidak bercakap mulanya saya fikir mungkin lambat” Kata Zarina lagi.

“Maafkan ibu nak…’- Dengan berat hati, Ini tindakan yang Zarina Zainuddin terpaksa ambil terhadap dua puteranya

Setelah anak kembar Zarina berusia 3 tahun, Azil masih tidak boleh bercakap dan sering menghantukkan kepalanya ke lantai atau dinding. Setelah itu, Zarina membawa Azil dan Azal berjumpa doktor pakar di HUKM Cheras dan doktor mengesahkan Azil dan Azal mengalami autism.

Pada ketika itu Zarina seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan dan menangis tanpa henti. Malah kalau jika tidak dipantai anak kembar ini, mereka boleh bertindak sehingga mencederakan diri sendiri jika kemahuan mereka tidak dipenuhi.

Namun Zarina tetap kuatkan semangat dan senantiasa mendapat sokongan keluarga terutamanya suami Zarina, Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar untuk memastikan anak kembar mereka mendapat kasih sayang serta perhatian yang secukupnya.

Berat Rasa Hati

Dengan berat hati, pelakon, Zarina Zainuddin terpaksa memberi dua puteranya yang mengalami autisme, sejenis ubat bagi mengawal tingkah laku mereka daripada terlalu agresif.

Zarina memberitahu, dia tiada pilihan selain memberikan anak kembarnya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal dan Muhammad Razil Azrai (Azil) sejenis ubat dalam dos kecil, biarpun sedar kesannya kepada mereka.

“Saya buntu kerana tidak tahu pendekatan yang perlu diambil. Pada mulanya, saya enggan membiarkan mereka bergantung kepada ubat.

“Ini kerana tubuh mereka jadi lemah dan tidak berselera untuk makan selepas diberi ubat itu.

“Namun, rentetan kejadian kelmarin, saya terpaksa memberi Azal dan Azil ubat dalam dos yang sedikit. Kadang kala, saya dan suami tidak dapat mengawal tenaga mereka yang semakin membesar,” katanya kepada BH Online.

Zarina berkata, situasi di mana Azal dan Azil menjadi agresif bukan dihadapinya sendirian, malah suami turut berdepan senario sama.

“Perkara ini dialami suami saya juga. Ada kalanya, dia terkena lebih teruk seperti digigit dan dicakar hingga luka.

“Cuma saya tidak memuat naik rakaman video dalam media sosial atas permintaannya,” katanya yang terpaksa menahan sakit setiap kali anak-anaknya bertindak sedemikian.

Zarina sebak mengenangkan nasib Azal dan Azil sekiranya terjadi apa-apa kepada dirinya dan suami pada masa depan.

“Bengkak mata saya memikirkan nasib Azal dan Azil jika kami sudah tiada lagi. Saya berterima kasih kepada orang ramai yang banyak membantu dan memberikan kata-kata semangat.

“Saya menganggap ujian Allah ini sebagai kifarah dosa lalu dan menghadapinya dengan sabar.

“Bukan mencari publisiti murahan dengan memperbodohkan diri dalam media sosial. Apa yang saya buat adalah memberi kesedaran mengenai autisme,” katanya.

Zarina berkata, setiap manusia diuji dengan dugaan berbeza.

“Cuma kita tidak boleh menghakimi kerana tidak berada di tempat mereka. Saya turut mencuba beberapa saranan pengikut Instagram, cuma ia bukanlah mudah… Tidak semua orang sama,” katanya. – BHarian Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *