STATUS Kilafairy berkaitan baju tidur yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya mencuri perhatian netizen.

Kilafairy berkata, dia tidak boleh memakai baju tidur berlengan dan seluar panjang berikutan baju berkenaan akan hilang pada keesokkan harinya.

“I kalau tidur, tak boleh pakai lengan pajang atau seluar panjang. Kalau pakai jugak, esok pagi bangun baju semua hilang. Ada selimut jer,” ujarnya yang mempromosi baju tidur daripada sebuah butik dalam talian.

Ternyata cara promosi melalui status berkenaan mengundang rasa lucu dan komen-komen nakal netizen.

Rata-rata yang membaca status itu meluahkan rasa pelik tentang perkara itu.

“Baju hilang? berbunyi lucu. Dahsyat tinggal selimut jer,” ujar netizen.

Bagaimanapun, ada segelinitir netizen yang setuju dan melalui perkara yang sama terutama apabila musim panas.

“Ada masalah ke dengan kenyataan dia ni? Aku ulang baca dua tiga kali okey saja. Biasalah tu kadang-kadang sarung batal pun habis tanggal.

“Kepada sesiapa yang baca status dia, anda perlu hidup dengan berfikiran positif,” ujar netizen.

“Saya tak layan suami orang” – Kilafairy

PELAKON dan penyanyi Kilafairy mengakui lelaki berstatus suami orang pernah cuba untuk mendekati dirinya.

“Ada golongan suami orang yang cuba merapatkan diri dengan saya. Saya mengambil pendekatan mudah, saya tidak memberikan respon dan enggan melayan mereka.

“Kalau sudah jodoh, memang tidak boleh elak, tetapi sebaiknya saya enggan menghampiri lelaki yang berstatus suami orang. Biarlah pasangan hidup saya nanti seorang yang bujang,” kata Kila.

Ketika ditanya mengenai soal cinta, pelakon drama bersiri Mr. Delicious itu mengakui dirinya masih solo.

“Saya masih solo dan selesa berkawan sahaja. Biar saya fokus dengan kerjaya terlebih dahulu, barulah saya memikirkan mengenai soal cinta.

“Saya juga telah muncul dengan single terbaru bersama penyanyi antarabangsa, Sean Kingston yang berjudul Put The Word In pada awal tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *