Penyanyi dan pelakon Leez Rosli terkejut apabila gambarnya melakukan 10 Years Challenge mendapat kecaman netizen. Gambar itu pada asalnya diletakkan bersebelahan dengan pelakon popular Bollywood, Shilpa Shetty.

“Letak gambar #10YearsChallenge dengan Shilpa Shetty pun hakak kena kecam. Apo. Suka-suka je pun.

“Ni sebab dulu-dulu masa keluar AF… Zaman free hair, ramai yang panggil hakak Shilpa Shetty Malaysia.

“Nasib baik hakak tak letak challenge dengan muka Marian Rivera ke, Revalina S Temat ke, Agnes Monica ke, lagi teruk kena kecam agaknya.

“Hai la Malaysia. Rilek sudah,” tulisnya di Instagram.

Dalam entri terdahulu, Leez memberitahu ramai yang masih menyamakannya dengan pelakon filem Dhadkan itu.

“Since #10yearchallenge hakak hari tu ramai yang gelak kata sama dan ada juga dua tiga orang India dok mai comment, claim kata Shilpa Shetty ni pelakon depa. Siap dok kata hakak menipu. haaa naahhhh, ni memasing muka had skang.. sama dak? Sama dak?” kata Leez.

sumber: gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *