Kehadiran anak sulung lelaki melengkapkan lagi kehidupan pelakon, Adam Corrie setelah menanti selama 10 tahun.

Selain anak-anak selebriti lain, anaknya Adam Fateh Lee juga mempunyai pengikut tersendiri di laman sosial Instagram dengan mencecah lebih 39,000 peminat.

Terbaru, bintang KL Gangster itu ada memuat naik sekeping gambar lengkap bersama isteri, Fazi Fuad dan anaknya yang menarik perhatian netizen bagi memberikan pelbagai komen murni.

“Muka Abah + Muka Mak @puan_fazi_fuad : Fateh @adamfatehlee. Allah itu Maha Adil.. Maha Penyayang.. Alhamdulillah,” tulisnya yang bersyukur dengan kurniaan cahaya mata itu.

Memiliki wajah kacukan, rata-rata memuji kecomelan bayi berusia 7 bulan itu kerana mewarisi darah Melayu dan Cina daripada kedua ibu bapanya.
Senyuman Fateh manis!

Bertuah dapat anak secomel ni…

Semoga jadi anak soleh!

Betul2 kombinasi muka mak ayah!

Sumber : Adam Corrie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *