Setiap orang mempunyai rumah idaman dengan dekorasi yang memenuhi citarasa masing-masing. Tidak kira lah kediaman kecil atau besar, jika pandai susun atur dan hiaskannya, mesti nampak cantik dan mewah. Pelbagai trik digunakan dalam pemilihan perabot, pemilihan warna tema, aksesori dan juga susunan untuk pastikan kediaman tampil lebih selesa.

Contohnya seperti rumah pasangan popular yang baru saja dikurniakan cahaya mata comel Jep Sepahtu dan Sari Yanti. Pandai Jep dan Sari Yanti memilih dekorasi rumah yang nampak elegan, mewah, classy dan up to date! Cuba tengok ni.

Dekorasi ruang tamu atau ruang santai yang sangat ekslusif. Perabot yang minimalis dan susunan yang sesuai membuatkan ruang ini nampak luas dan tidak nampak padat. Kerusi berwarna emerald green itu juga menonjolkan elemen mewah dan classy kepada ruang ini. Langsir yang dipasang pada kedudukan tinggi atau full height memberi ilusi ruang yang tinggi.

Ruang makan yang nampak simple tapi sedap mata memandang. Cahaya lampu memberikan peranan yang amat penting di ruang makan. Selain cermin, lampu juga membantu memberikan kesan terang dan luas. Sesuai sangat pendant lamp yang Jep dan Sari Yanti kenakan di ruang makan ini.

Tumbuhan yang terdapat di reading corner rumah pasangan ini memberi natural feel di hujung sudut rumah. Tengok saja baby girl Jep tu, sampai boleh tidur lena. Meja sisi dan hiasan yang digunakan juga nampak elegant dengan sedikit sentuhan retro. Hiasan dinding juga menambah seri untuk ruang ini.

Haa, macam mana? Cantik kan? Mana tahu dekorasi kediaman Jep Sepahtu dan Sari Yanti ni anda boleh jadikan sebagai sumber inspirasi untuk menghias kediaman anda supaya nampak lebih segar? Apa salahnya kalau tukar perabot sekali-sekala, betul tak?

Sumber: nona.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *