Setelah pelakon popular, Emma Maembong dan bintang realiti TV, Mafarikha Akhir membuat keputusan nekad untuk meninggalkan imej bertudung mereka, kini dengarnya aktres filem Tentang Bulan iaitu Erin Malek turut berbuat demikian.

Erin yang mendirikan rumah tangga pada usia muda dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini telah membuat keputusan untuk bertudung pada awal 2016.

Namun baru-baru ini, Erin atau Nur Arina Abdul Malek, 25, didakwa tidak lagi berpenampilan begitu lantaran tularnya beberapa keping gambar yang melihatkan dirinya sudah free hair.

Syot layar IG Story menerusi Instagram yang dipercayai milik rakan baik Erin turut kelihatan pelakon itu tidak lagi bertudung.

Justeru, penularan gambar yang menampakkan Erin cuma mengenakan topi itu mengundang reaksi pelbagai daripada warganet yang makin hangat memperkatakannya.

“Serius ke Erin pun dah buka tudung? Memang musim artis bertudung free hair eh sekarang ni?” antara komen yang dapat di baca di sosial media.

Bahkan, ada juga warganet yang cuba berfikiran positif sambil menyifatkan gambar itu bukan dirakam untuk tatapan umum terutama golongan bukan muhrim.

“Dalam semua gambar tu, hanya nampak Erin dan kawan-kawan perempuan saja. Mungkin untuk simpanan peribadinya tetapi tersebar tanpa sengaja,” tulis individu lain pula.

Apapun, nantikan laporan selanjutnya daripada wartawan MHE TV yang akan cuba menghubungi Erin untuk mendapatkan kepastian sebenar. – MHE TV

Sumber:mhetv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *