Siapa tidak kenal dengan keluarga Pak Azad atau Azad Jasmin bersama Eira Syazira yang sentiasa kecoh dengan gelak ketawa.

Lain kali panggil la lagi gua buncit..

Mana taknya, ada sahaja lawak Pak Azad yang dikongsi menerusi Instagram sehingga buat netizen turut sama gelak. Terbaru, sekali lagi gelagat Pak Azad dan adik iparnya menjadi tumpuan apabila dia dikejar di kedai makan.

Kata Pak Azad, dia digelar buncit lalu dia menyakat adik iparnya dikenali sebagai Syainie Aida sehingga dia dikejar.

Ketawa isterinya iaitu Eira juga mencuri tumpuan ramai apabila dikatakan seperti bunyi kereta baru ‘nak start’ apabila melihat gelagat adik dan suaminya itu.

Malah, selain melihat gelagat kejar mengejar antara Pak Azad dan adik iparnya itu netizen juga terhibur dengan gelak Eira yang membuatkan netizen ulang tayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *