Ada saja lawak daripada pelakon dan penyampai radio terkenal iaitu Zulin Aziz, jika sering lihat laman Instagram milik Zulin, pasti anda tak akan bosan dengan gelagatnya.

Deme berzumba sampei ke senja

Terbaru, Zulin membuat video dubbing filem Hindustan dan yang ini paling membuatkan bukan hanya netizen malah rakan artis turut ketawa dengan kreativitinya membuat skrip sendiri.

Malah, rakan pelakonnya iaitu Emilia Hanif juga turut serta bersamanya melakukan video tersebut yang digelar ‘The Pale Tintong’.

Weii aje sakit perot teman nengoknya..

Part atas bukit sempat lagi beli kain..

Bersepai teman ngekek oi…

Bukan biasa-biasa, video yang dikongsi oleh Zulin ini juga membuatkan netizen gelak sampai sakit perut dibuatnya. Bagaimanapun, rata-rata meninggalkan komen positif melihat gelagat Zulin di Instagram.

Sumber: Zulin Aziz via himpunanceritalawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *