Keluarga yang hebat….

Siapa tak kenal nama Shah Rukh Khan pelakon yang popular menerusi filem Kuch Kuch Ho Hai ini. Shah Rukh Khan merupakan seorang yang sangat menyayangi isterinya Gauri Khan serta 3 orang anaknya Ab Ram, Aryan Khan dan Suhana semestinya membina sebuah mahligai indah buat mereka.

Menurut sumber, rumah keluarga mereka dikatakan terletak di Persisir pantai Laut Arab di daerah Mannat, India. Dan rekaan rumah juga adalah hasil idea dari Shah Rukh Khan dan hasil sentuhan dari Gauri Khan. Rumah itu lengkap dengan perabot mewat dan seni reka dalaman yang unik. Lihat sahaja gambar-gambar berikut ini.

memang nampak mewah sangat kan

siap ada swimming pool besar lagi.

Biodata Shah Rukh Khan..
Biodata Shah Rukh Khan – Siapa yang tidak mengenal Shahrukh Khan? Aktor Bollywood ini memang sudah bersinar sejak tahun 1998.

Shahrukh Khan atau yang biasa dikenal sebagai SRK ini merupakan aktor india yang sangat laris.

Namanya begitu dikenal ketika ia membintangi film yang berjudul Kuch Kuch Hota Hai. Di filem tersebut SRK bergandingan dengan aktres india cantik Kajol dan Rani Mukerji.

Biodata Shah Rukh Khan Lengkap Dengan Agamanya

Shah Rukh Khan dan Isterinya (Gauri Khan) (via instagram.com/gaurikhan)

SRK lahir di New Delhi, India, 2 November 1965, Ia lahir dari keluarga muslim, ayahnya bernama Muhammad Mir Taj Khan, sedangkan ibunya bernama Fatimah Begum.

SRK menikah dengan Gauri Khan pada tahun 1991, dari pernikahannya dengan Gauri, mereka dikurniakan anak, yang salah satunya kini sudah beranjak dewasa dan tampan.

Biodata Shah Rukh Khan Lengkap Dengan Agamanya

Shah Rukh Khan dan Anaknya (via instagram.com/gaurikhan)

Meski sudah banyak duit dan terkenal, SRK tidak melupakan pendidikan, beliau adalah lulusan dari sebuah Universiti Islam di India, setelah bergelar jurusan Ekonomi diraihnya terlebih dahulu.

Biodata Shah Rukh Khan
Nama Lengkap : Shahrukh Khan
Tempat Lahir : New Delhi, India
Tanggal Lahir : 2 November 1965
Pekerjaan: Aktor, produser film,
Agama: Islam
Pasangan: Gauri Khan (1991 – sekarang)
Akun Instagram : @iamsrk
Akun Twitter : @iamsrk
Kerabat Shah Rukh Khan
Gauri Khan (Isteri)
Aryan Khan (Anak)
Abram Khan (Anak)
Suhana Khan (Anak)
Kajol
Aamir Khan
Salman Khan
Deepika Padukone
Film Yang Pernah dibintangi Shah Rukh Khan
Deewana (1992)
Raju Ban Gaya Gentlement (1992)
Baazigar (1993)
Darr (1993)
Kabhi Haan Kabhi Naa (1993)
Anjaam (1994)
Guddu (1995)
Karan Arjun (1995)
Dilawale Dulhania Le Jaygenge (1995)
Koyla (1997)
Yes Boss (1997)
Pardes (1997)
Dil To Pagal hai (1997)
Duplicate (1998)
Dil Se (1998)
Kuch Kuch Hota Hai (1998)
Baadshah (1999)
Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000)
Josh (2000)
Mohabbatein (2000)
One 2 Ka 4 (2001)
Asoka (2001)
Kabhi Kushi Kabhie Gham (2001)
Hum Tumhare Hain Sanam (2002)
Devdas (2002)
Chalte Chalte (2003)
Kal Ho Na Hoo (2003)
Main Hoon Na (2004)
Yeh Lamhe Judaai Ke (2004)
Veer-Zaara (2004)
Swades (2004)
Paheli (2005)
Kabhi Alvida Naa Kehna (2006)
DON (2006)
Om Shanti Om (2007)
Rab Ne Bana Di Jodi (2008)
Billu Barber (2009)
My Name is Khan (2010)
One (2011)
DON2 (2011)
Jab Tak Hai Jaan (2012)
Chennai Express (2013)
Happy New Year (2014)
Dilwale (2015)
FAN (2016)
Produser untuk filem
Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000)
Asoka (2001)
Chalte Chalte (2003)
Main Hoon Na (2004)
Kaal (2005)
Paheli (2005)
Om Shanti Om (2007)
Billu (2009)
Always Kabhi Kabhi (2011)
One (2011)

Sumber: sayaphitam via theexpressviral

Baru nak acah romantik, dah kena tendang dengan Gauri! – Shah Rukh Khan

Di antara pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan dikenali sebagai Kings of Romance, dek kerana kerap melakonkan watak yang romantis dan dialog-dialog yang penuh rasa cinta. Selain itu, gaya Shah Rukh yang mendepakan tangan dengan heroin, menjadi trademark King Khan itu.

Namun bagi Shah Rukh, itu hanyalah tanggungjawabnya menjalankan watak di dalam filem. Katanya, dia tidak pernah membuat aksi romantik tersebut dengan isterinya di rumah.

“Kalau saya mendepakan tangan seperti di dalam filem, pasti awal-awal lagi Gauri menendang keluar!” katanya.

Shah Rukh tidak mahu Suhana menjadi mangsa lelaki penipu.

Namun walaupun sering membawa watak lelaki romantik, Shah Rukh tidak mahu anak perempuannya, Suhana berhati-hati dengan lelaki yang bemulut manis.

Lumrah seorang bapa yang risau akan keadaan dan keselamatan anak gadisnya, Shah Rukh meninggalkan pesanan buat Suhana.

“Kalau ada lelaki yang mendekati dan mengatakan ‘Rahul, kamu pasti pernah mendengar namaku,’jauhi dia. Lelaki seperti itu adalah penipu. Kalau bertemu dengan lelaki di pesta dan mula mendekatimu, tendang saja tulang keringnya!” ujar Shah Rukh.

Shah Rukh menambah, sikap romantik itu adalah sikap secara spontan, kerana di dalam dunia nyata, ia bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan secara berterusan. Dan pastinya, aksi menyanyi sambil mendepakan tangan dan juga menggoda gadis di pesta, hanyalah wujud di dalam filem sahaja. – MHE TV

Sumber pinkvilla.com via mhetv

Sudah 32 tahun Shah Rukh Khan dan Gauri bersama. Pelbagai pahit manis terpaksa dilalui mereka. Tapi ini 3 rahsia kebahagiaan rumah tangga yang mereka pegang

Pasangan bahagia Shah Rukh Khan dan Gauri
Siapa yang tak kenal pasangan ini? Walaupun peminat filem Hindustan sudah biasa melihat Shah Rukh Khan di layar perak dengan Kajol, tapi hakikatnya, beliau sudah25 tahun berumah tangga bersama Gauri!

Oleh sebab itu, kali ini kami ingin berkongsi rahsia perkahwinan bahagia Shah Rukh Khan dan Gauri pada anda.

Mereka bukan saja sudah berkahwin selama 25 tahun, malah sudah lebih 32 tahun hidup bersama.

Pelbagai pancaroba dan halangan telah mereka hadapi. Dan ini merupakan rahsia bagaimana perkahwinan mereka kekal bahagia hingga kini.

Gauri adalah segala-galanya
Shah Rukh Khan antara suami yang tak segan memberi kredit pada Gauri, isterinya atas kebahagiaan rumah tangga mereka.

Lebih-lebih lagi apabila beliau adalah seorang pelakon terkenal. Shah Rukh Khan dipetik mengatakan –

“Susah kalau anda ada pasangan yang merupakan seorang artis. Hidup anda tak lagi melibatkan pasangan saja.

Semua mata di seluruh dunia memerhati tingkah anda. Tapi, Gauri adalah segala-galanya. Sebab dia kami berjaya sekarang.”

3 rahsia perkahwinan bahagia antara SRK dan Gauri
Walaupun mereka berkahwin atas dasar cinta, tapi halangan yang datang tak kurang besar! Cuba bayangkan bagaimana mereka memastikan hubungan ini berkekalan apabila kedua-duanya berlainan agama.

Tambahan lagi, masa mereka baru berkahwin dulu, SRK masih seorang pelakon yang sedang naik.

Tapi semuanya berjaya diatasi mereka kerana 3 rahsia ini:

1. Cinta lebih agung daripada semua

Kredit: BollywoodShaadis.com

Agama tak menjadi batu penghalang untuk menyatukan dua hati. Gauri beragama Hindu dan Shah Rukh Khan beragama Islam.

Keluarga Gauri menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana faktor agama. Tambahan lagi, sebab SRK itu artis.

Tapi, mereka berdua tetap sama-sama cuba meyakinkan keluarga Gauri. Malah, mereka tunjuk betapa serius dan agungnya cinta mereka berdua.

Akhirnya, SRK dan Gauri selamat dikahwin pada tahun 1991.

2. Keluarga adalah insan nombor satu dalam hidup
Gauri adalah cahaya yang menyinari SRK. Ketika SRK masih bergelut dengan bidang lakonan lagi, Gauri tak pernah berputus asamenyokong suaminya.

Malah, SRK juga amat mementingkan keluarga. Bagi beliau, keluarga adalah nombor satu dalam hidup.

Sebab itu tak kisahlah berapa jauh beliau pergi, berapa terkenal beliau jadi, SRK mempunyai satu hidup peribadi di mana dia merupakan lelaki yang mementingkan keluarga.

Kredit: Filmymonkey

Dan Gauri memiliki perhatian beliau sepenuhnya, kalau beliau tak berlakon.

SRK dipetik dalam sebuah temubual mengatakan –

“Kami sudah kenal lama. Lama sangat dan pelbagai cabaran telah kami lalui. Tapi saya percaya satu perkara.

Untuk kekal bahagia, pasangan bukan asyik kena berkepit setiap masa. Kena tengok bulan dan sebagainya.

Cukuplah dengan duduk serumah bersama pasangan. Saya melalui ruang tamu nak ke bilik dan saya nampak Gauri.

Cinta saya takkan pernah padam. Lagipun, kami ada anak-anak yang jadi bukti hubungan romantik kami cukup kukuh, kuat dan mekar.”

Keluarga bahagia SRK dan Gauri
Kredit: The Indian Express

3. Teman, kekasih dan pasangan yang sehati sejiwa
Shah Rukh Khan juga mengatakan beliau tak dapat bayang hidupnya tanpa hubungan ini. Gauri dan SRK sudah berkawan, menjadi pasangan kekasih dan sekarang sudah 25 hidup bersama.

Gauri melengkapkan kebahagiaan rumah tangga mereka. Mereka berdua adalah teman, kekasih dan pasangan suami isteri – yang tak dapat dipisahkan.

SRK mengatakan –

“Kami kenal sejak tahun 1984 lagi. Sudah 30 tahun lebih kami kenal masing-masing! Dulu kami ke Mumbai saja untuk berbulan madu.

Sekarang kami sudah ada anak. Anak lelaki saya lebih tinggi daripada saya sekarang. Anak gadis kami pasti akan melebihi tinggi Gauri nanti.

Dan kami ada antara satu sama lain. Dah banyak halangan kami lalui. Semuanya memberi pengajaran buat saya dan Gauri.

Kredit: Hindustan Times

Tapi dari situ kami belajar untuk menjayakan perkahwinan ini. Kami adalah teman, kekasih dan pasangan suami isteri yang tak dapat dipisahkan.

Kedua-dua pasangan ini sering menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada bulan Oktober. Tahun lepas, SRK turun dari Budapest untuk menyambut ulang tahun tersebut, walaupun sibuk berlakon.

Mereka juga dikatakan sering menyambut dan menganjurkan majlis Diwali setiap tahun.

Kami mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke anak cucu. Jom ambil inspirasi daripada kebahagiaan rumah tangga mereka!

Sama-sama kita menyemarakkan hubungan suami isteri dan menjaga ikatan perkahwinan yang suci ini, ya?

Sumber rujukan: theIndusparent

Sumber: asianparent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *