Suasana musim luruh dan sayup-sayup lagu cinta yang dimainkan bersama monolog syahdu mengingatkan kita akan filem hindustan yang meletop, Mohabbatein. Siapa yang dapat lupakan kisah cinta tragis Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai dalam filem ni kan?

Lebih menarik, ada lagi tiga kisah cinta yang membabitkan tiga lagi hero yang handsome-handsome belaka iaitu Sameer, Vicky dan Karan. Kalau SRK masih lagi tampak hot di usia mencecah 50-an, macam mana pulak rupa hero-hero remaja tu sekarang?

Nah, kami bawakan transformasi hebat mereka yang akan buat korang terkejut melihatnya!

Hero remaja kacak yang pegang watak Vikram Oberoi atau Vicky ni memang antara yang terkenal oleh kerana wataknya yang hot dan pandai menari.

Namun siapa sangka dia yang kini berusia 46 tahun ini merupakan anak kepada Yash Chopra (antara producer terkenal India) dan ipar kepada pelakon Rani Mukerji. Selain Mohabbatein, Uday Chopra juga membintangi filem terkenal seperti siri Dhoom 1 hingga 3.

Ini wajah Uday Chopra sekarang. Lain beza kan!

Jimmy Shergill aka Karan Chaudry

Siapa dapat lupa watak super baik Karan Chaudry yang jatuh cinta dengan janda berhias bernama Kiran? Jimmy yang kini berusia 48 tahun masih lagi aktif berlakon dan maintain kacak sampai sekarang walaupun dah nampak agak berusia.

Antara filem terkenal yang pernah dilakonkannya ialah Dil Hai Tumhara bersama Preity Zinta, My Name Is Khan dan Bang Bang.

Jugal Hansraj aka Sameer Sharma

Jugal yang melakonkan watak pencinta setia, Sameer Sharma ini sebenarnya telah memulakan karier lakonannya sejak dari kecil lagi. Kini Jugal yang berusia 45 tahun sudah tidak aktif lagi dalam lakonan dan bergelar seorang director-producer.

Meskipun sudah sedikit berusia, wajah baby face Jugal masih kelihatan!

Macam mana? Walaupun dah tua, aura famous mereka masih ada kan? Tapi bagi admin, SRK yang paling hot antara mereka semua. Ops! Sumber lobak Merah

Artikel Berkaitan: 7 Rutin Diet Shah Rukh Khan Yang Sangat Ketat, Rasa Macam Mustahil Tapi Hasilnya Memang Badan Six Pack & Awet Muda

Untuk mendapat susuk sebegini rupa dalam usia 50 tahun mungkin suatu yang mustahil. Semuanya hasil kerja keras dan sikap konsisten Shah Rukh Khan dalam rutin diet. Setiap penjagaan tubuh dan kesihatan pasti mempunyai peraturan serta perkara yang dilarang.

Kalau rasa tak mampu nak dapat six pack macam SRK, apa kata tiru diet clean beliau…

1. Tidak ambil daging kambing

Shah Rukh Khan gemar dengan nasi Dum Briyani yang dimasak dengan daging kambing tapi kini beliau dilarang untuk makan daging kambing.
2. Rebus

Tak perlu minyak, tak perlu goreng. Shah Rukh Khan lebih gemar untuk rebus ayam dan tabur dengan garam serta lada hitam. Kemudian disajikan sebagai salad ayam, ringkasnya.
3.Tak pernah tambah

Bagi beliau cukup hanya satu pinggan. SRK tidak pernah minta untuk tambah makanan dan apa yang ada didalam pinggan beliau habiskan.
4. Selamat tinggal karbohidrat

Semua jenis makanan berasaskan karbohidrat beliau tinggalkan samada nasi, gandum dan kentang.

5. SRK makan ini..

Daging ayam belanda, ikan, keju paneer, telur putih dan susu skim. Walaupun dalam tidak bersenam, SRK masih mengamalkan diet dari makanan tersebut.
6. Tiada snek

Bayangkan beliau langsung tidak menjamah snek sampingan. Memang bagi SRK cukup dengan hidangan penuh atau salad tak perlu snek tambahan.
7. Mentega

Apa jua hidangan atau masakan yang dimasak dengan butter SRK tak akan ambil.

Shah Rukh Khan bersama pelatih bina badan beliau, Prashant Sawant. Foto – India Today

Artikel Berkaitan: Wajah awet muda, Shah Rukh Khan akui tidak suntik botox

SHAH RUKH: “Walaupun usia saya kini 51 tahun namun sampai saat ini saya belum pernah melakukan suntikan botox.”
PELAKON popular Bollywood, Shah Rukh Khan akui tidak pernah melakukan suntukan botox pada wajahnya.

Menurut laporan Pinkvilla, meskipun usia Shah Rukh Khan sudah berusia 51 tahun, namun wajahnya masih tampan seperti 30 tahun lalu.

“Saya seorang bintang filem dan itu mungkin antara sebab saya harus menjaga penampilan supaya nampak lebih kemas serta bersih.

“Walaupun usia saya kini 51 tahun namun sampai saat ini saya belum pernah melakukan suntikan botox.

“Orang ramai mungkin melihat saya nampak muda disebabkan watak-watak yang dibawakan oleh saya di dalam filem.

“Saya tiada apa rahsia untuk kelihatan muda namun apa yang penting adalah untuk menjaga pemakanan serta melakukan senaman untuk kekal bertenaga,” katanya.

Shah Rukh Khan juga menegaskan bahwa dia tidak pernah melakukan suntik botox agar wajahnya tidak berkerut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *