ADIK kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha turut berkongsi rasa teruja menanti hari bahagia kakaknya dengan aktor Aidil Aziz.

Menurut Elisya, perasaannya sedih bercampur gembira apabila mengetahui kakaknya bakal berkahwin buat kali kedua tidak lama lagi.

Mengenali peribadi Aidil Aziz, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini berkata jejaka itu memiliki karakter yang lucu dan menghiburkan.

“Saya pernah berlakon dengan Aidil dalam satu drama dan saya jadi kekasih dia. Haaa… Tapi saya dah minta kebenaran Fasha tau!

Sama cantik… Elisya dan Fasha.

“Aidil ni seorang yang ‘blur’, tak tahu nak buat apa, tapi kelakar dan mungkin itu sebab Fasha boleh terhibur dengan dia.

“Kalau dulu saya panggil dia Aidil sahaja, tapi sekarang dah nak jadi abang ipar, saya panggil dia Abang Aidil,” katanya kepada mStar Online.

Bercakap mengenai karier seni, Elisya meluahkan rasa syukur kerana bakatnya mula mendapat perhatian penonton.

“Alhamdulillah, banyak dah drama saya berlakon dan orang semakin nampak bakat saya.

“Saya nak bina nama dengan bakat yang ada dan bukan sebab kakak. Terima kasih atas sokongan dan saya sangat bersyukur!,” ujarnya.

Video

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *