Kisah yang melucukan tetapi manis ini dikongsikan oleh pelakon Amar Baharindi youtube sehingga ia menjadi tular.

Dalam video tersebut, Amar telah merancang untuk menghantar makanan kepada isterinya Amyra Rosli yang sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Nur 2.

Namun apa yang menarik, Amar telah memilih untuk menunggang motosikal sendiri dengan menyamar sebagai pemandu Grab Food.

Isterinya, Amyra Rosli sendiri tidak menyangka suaminya mendapat idea sebegitu untuk mengenakannya di hadapan krew-krew penggambaran.

Ramai yang memuji sikap romantik Amar dan Amyra malah sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 6 minit 22 saat ini mendapat jumlah tontonan sehingga 14 ribu dalam masa dua hari.

Sumber:hangat

Ramai Tak Tahu Ada Kisah Di Sebalik Drama Nur.. Ini Pendedahan Amyra Rosli

Awalnya enggan mengambil tawaran berlakon drama bersiri popular Nur, siapa sangka aktres Amyra Rosli hampir melepaskan peluang membintangi karya yang ditayangkan sepanjang Ramadan itu.

Amyra berkata, dia yang ditawarkan peranan watak Nur, menganggap belum bersedia kerana baharu sahaja menimang anak sulung, Aqeef Anaqi.

“Sudah setahun lebih saya tidak berlakon kerana hamil dan melahirkan anak jadi apabila mendapat tawaran itu saya sebenarnya belum bersedia.

“Bukan apa Aqeef ketika itu baru sahaja berusia lima bulan jadi saya ingin beri tumpuan kepada anak terlebih dahulu.

“Tetapi Alhamdulillah saya bersyukur kerana bersetuju menerima tawaran itu dan ia mendapat sambutan sangat baik daripada penonton,” katanya kepada Mstar.

Katanya, secara peribadi beliau mengagumi sinopsis dan jalan cerita yang disajikan kerana ketika membacanya sahaja, dirinya ingin mengetahui dengan lebih mendalam.

“Sejak bersalin banyak tawaran berlakon tetapi semuanya saya tolak tetapi Nur ada tarikan dan aura yang membuatkan saya bersetuju.

“Tambahan pula selepas saya baca sinopsis yang diberikan oleh pengarah dan saya jadi ingin lebih tahu tentang jalan cerita seterusnya,” katanya.

Faktor lain, drama siaran slot Samarinda di TV3 itu menyandarkan nama-nama yang dihormati Amyra bakat lakonan mereka.

“Siapa yang tidak mahu berlakon disamping Norkhiriah, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Azhan Rani dan Syafiq Kyle?

“Melihat kepada barisan pelakonnya sahaja sudah membuatkan saya cukup teruja dan enggan melepaskan peluang keemasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, isteri aktor Amar Baharin ini enggan meletakkan harapan tinggi untuk meraih sebarang kemenangan bagi trofi pelakon terbaik biarpun menyedari harapan tinggi para peminat.

Melunaskan tanggungjawab hingga watak itu memberi impak kepada netizen sudah dikira pencapaian membanggakan buatnya.

“Sejujurnya saya harus beri penghargaan kepada pengarah, Shahrulezad kerana dia banyak membantu bagi membolehkan saya menyerlahkan lagi watak sebagai Nur.

“Sebelum ini saya banyak pegang watak anak orang kaya tetapi dalam Nur dia berjaya mengubah saya seratus peratus sehinggakan peranan saya itu secalit bedak pun saya tidak pakai.

“Jika tidak kerana dia, saya sendiri pun mungkin tidak berani untuk melakukannya tetapi dia nampak keupayaan saya dalam menzahirkan watak Nur,” katanya.

Nur melakar fenomena tersendiri dengan 11 juta tontonan keseluruhannya menerusi 19 episod yang ditayangkan, selain 500,000 tontonan secara atas talian.

Sumber:iluminasi

Penonton mahu Nur balas dendam

BAGI memastikan drama Nur 2 yang bakal dihasilkan mampu menarik perhatian penonton, pelakon utamanya Amyra Rosli mengambil inisiatif mendapatkan pandangan penonton membabitkan watak Nur, menerusi Instagram.

Amyra yang di hubungi hari ini memberitahu, idea itu datang dari penerbit dan pengarah Nur sendiri, Shahrulezad Mohameddin yang mahu melihat pandangan dan cadangan daripada penonton setia drama Nur untuk Nur 2.

“Saya faham apabila drama Nur 2 ditayangkan kelak, pastinya ada yang memberikan komen, dan membuat perbandingan jalan cerita antara Nur dan Nur 2.

“Tidak kurang juga nanti ada yang berkata, watak dan jalan ceritanya klise. Tapi Ezad ada memberitahu saya bahawa, yang dikatakan klise itulah sebenarnya realiti kehidupan, dan itulah yang produksi Nur 2 mahu lakukan agar ia dekat dengan penonton,” katanya.

Menceritakan lanjut membabitkan cadangan dan pandangan yang diberikan peminat setakat ini, kata Amyra, selepas episod akhir yang menunjukkan Nur kembali kepada Ustaz Adam selepas dipujuk, untuk Nur 2 ini mereka mahu melihat mereka kembali bersatu dan memiliki cahaya mata.

“Tidak kurang juga ada yang mahu agar Nur, berubah watak dengan menjadi lebih tegas dan membalas dendam kepada ahli keluarga Ustaz Adam yang menganiaya dirinya sebelum ini,” katanya.

Apa yang lebih membuatkan Amyra berasa terharu apabila ada pelakon senior dan lebih berpengalaman turut memberikan idea menerusi Instagram.

“Saya tahu semua komen terbabit telah pun dibaca oleh Ezad, dan pastinya semua cadangan dan komen diberikan itu akan diambil kira.

“Saya pula menyerahkan segalanya kepada pengarah. Tidak mahu memberatkan diri dengan memikirkan ke mana arah tuju watak Nur dalam Nur 2 itu nanti. Saya sendiri mengharapkan kejutan dari pengarah membabitkan watak Nur,” katanya.

Sumber:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *