Macam admin pernah cakap tadi, penampilan luaran orang tu tak melambangkan personaliti seseorang. Tak sangka bila kita lihat orang tu nampak baik tapi sebenarnya sikap dia jauh lebih buruk.

“Kau tak lah lawa sangat hmmm”

Sumber : Twitter

Biarpun kita sedang berada di alam maya, setiap aspek pada diri kita pasti akan diperhatikan. Segala apa yang kita kongsikan macam gambar, info dan kata-kata yang diberikan di media sosial menjadi tumpuan netizen.

“aku tak boleh nak cakap benda sama kalau tak nampak muka”

Terlanjur kata sikit, pasti akan menjadi buruan orang ramai. Macam orang selalu katakan cara kita bertutur ini mencerminkan keperibadian kita, bukan pada cara pemakaian.

Kalau pakaian nampak baik tapi perangai tu tak elok, pasti akan dicaci terutamanya bila dah masuk tahun 2019 ni.

Itu sebablah netizen begitu marah dengan wanita berpurdah ni, imej seorang muslimah tapi pertuturan sangat kasar.

“Penampilan bukanlah peribadi dalaman seseorang”

Memang tak hairan pun dia mendapat tumpuan netizen untuk dikecam.

Biasalah di Twitter, pasti akan ada perkara yang mereka cuba bangkitkan untuk sekadar hiburan. Ada seorang pengguna ni, tweet “say something i don’t know”. Pasti korang familiar kan?

Dari situ mulalah netizen berikan info-info lawak yang tak terjangkau dek akal. Cuma, tiba-tiba ada gadis berpurdah ini cuba nak mengutuk tuan empunya badan.

Disebabkan perangai yang tak padan dengan gambar, pengguna Twitter piqa screenshot profil dan respon itu kemudian viralkan.

“hello everyone, this tweet isn’t for us to mock each other appearance but to realize outfit is not an indicator of someone’s inside. some look pious, but have that nasty attitude and some may wear revealing clothes but only god knows deep down she’s trying to be better”

Netizen pun apa lagi, jalankan kerja dia lah…

S*alnya perempuan, pakai purdah untuk menutup perangai buruk dia ke – Netizen

Wanita berkenaan daripada public terus private kan profil dia. Tak apalah belajar daripada kesilapan ye sis.

Sumber:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *