Wow, super talented sangat Ammara Sofea Rose. Lihat sahaja rakaman video dia menari lagu Taki-Taki nyanyian DJ Snake, Selena Gomez, Ozuna dan Cardi B yang dimuatnaik di laman Instagram ayahnya, Azad Jasmin.

Lenggok tarian dan riak muka confident Ammara, cukup wow. Azad yang pada mulanya turut sama menari, terpaksa keluar ‘frame’ untuk memberi laluan utama kepada si cilik ini menguasai pentas.

VIDEO :

Comel dan cukup bersahaja. Netizen terhibur melihat keyakinan Ammara dan menyifatkan popularitinya lebih menyerlah berbanding kedua ibu dan ayahnya.

Perut comel si kecil ini juga menjadi perhatian kerana dilihat cukup ‘menonjol’. Comel sangat.

Ammara Sofea turut tercalon dalam Anugerah Si Cilik MeleTop, Anugerah MeleTop 2019.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber : Instagram Azad Jasmin via MH,MediaOhsem

Apa kata anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *