“Kalau Aku Tak Balik, Jangan Harap Kau Balik,”- Jep Sepahtu ‘Pedajal’ Rahim. Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu pagi ini dilihat sempat bergurau bersama gandingannya Rahim Sepahtu.

Menerusi sebuah entri yang dikongsikan di Instagram, Jep dilihat sengaja meletakkan kenderaannya betul-betul bersebelahan kereta Rahim dalam keadaan yang sangat rapat sehingga tiada ruang untuk pelawak tersebut memasuki kenderaannya.

Menurut Jep, dia sengaja melakukan hal sedemikian supaya Rahim tidak pulang awal selepas tamat tugasan mereka sebagai penyampai radio pagi di Sinar FM.

Posting Jep

“Kalau aku tak balik jangan harap kau boleh balik,” tulisnya.

Entri tersebut turut menarik perhatian isteri kepada Rahim iaitu Lily Khay.

“Kalau ye pun Rahim dah susut banyak , belum muat lagi kot tu jep. Budak bertuah dengan aku sekali lapar la ni tunggu laki balik lunch,” balasnya.

Lantas, entri lucu tersebut telah menerima lebih 40,000 tanda suka setakat ini malah turut dihujani komen daripada netizen yang terhibur melihat telatah dua sahabat itu.

Alahai, Jep ni kalau sehari tak kacau Rahim tak sah kan! Macam manalah Rahim nak masuk kereta tu ye? Apapun, bertabahlah ye Rahim.

Komen netizen

Abis tu kol bape abg @jepsepahtu balik, kak @lilykhay yg membolehkan abg @rahimr2 balik rumah?

tapi tiap kali kita orang menonton sepahtu reunion live memang nampak perubahan @rahimr2 .. 💪🏻

Aku bangga tengok anak melayu dapat pakai kereta besar.tapi tak perlulah nak tayang nanti jadi riak pulak

Hahahaha.. Dengki sgt ni, kalau boleh wktu abg rahim masum kereta tu record kan sikit

Sumber: Instagram Jep Sepahtu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *