PELAKON Amyra Rosli ditahan di wad ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur selepas mengadu sakit perut, hari ini.

Suaminya Amar Baharin, 34, ketika dihubungi berkata, mereka memutuskan untuk membuat pemeriksaan di hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

“Dia mengadu rasa tidak sedap perut pagi tadi. Kami kemudian pergi buat pemeriksaan di hospital. Bagaimanapun, keputusan pemeriksaan belum dapat setakat ini. Keadaannya stabil dan doakan yang terbaik untuk kesihatan isteri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Amar menafikan Amyra hamil dan masih menunggu keputusan sebenar hasil pemeriksaan.

“Dia cuma rasa tidak sedap perut dan saya tak rasakan dia hamil. Kami pun masih tunggu keputusan pemeriksaan,” katanya.

Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 2016. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Terdahulu, Amyra memuat naik fotonya ditahan di hospital sehingga mengundang pelbagai tanda tanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *