Sebelum ini bapa pelakon Emma Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong memuat naik kenyataan mengingatkan wanita agar menjauhi lelaki yang tidak berguna.

Status tersebut telah mendapat perhatian netizen susulan keputusan anaknya Emma membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung. Bagaimanapun isu itu dikatakan sudah reda.

Apa yang menarik, akaun Facebook Ismail Embong kini seakan menjadi tumpuan netizen. Ini kerana status terbaru yang dimuat naik oleh beliau mendapat lebih 1.6k likes dan 90 shares.

Ini coretan hati Ismail Embong, ayat ‘last’ tu win habis
Dalam status yang ditulis panjang oleh bapa Emma itu, beliau meluahkan perasaannya dalam menghadapi cabar getir membesarkan anak-anaknya tanpa isteri. Malah siapa sangka, ayat penutup beliau jelas memberitahu kesediaannya untuk beristeri lagi.

” Berbagai reaksi serta cemuhan dilemparkan ekoran status terakhir: usah dihurai lg tp cukuplah sy butirkan fakta sebenar.

” Sejak menduda sy tinggal solo. Anak2 dtg jengok sesekali, tiap tahun (raya) berkumpul. Mereka sibuk dgn urusan masing2. Yg dah kawin kararlah bersama famili mereka, sy tak ganggu, tak jengok. Tak akan pergi ke rumah mereka jika tidak dijemput suami masing2.

” Dan tidak pernah ada jemputan. Kawin semua tiada hantaran, sy anti hantaran. Sy tegaskan guna duit itu untuk fakir.

” Dua lg yg belum kawin, yg berlakon, pun tidak tinggal sebumbung. Mereka lebih byk bersama kakak2 yg sudah bersuami berbanding dgn ayah. Sy tak ambil pusing kerjaya mereka. Bila cuti mereka dtg ajak ayah melancong.

” Mmg sukar pantau anak perempuan yg meningkat dewasa. Lebih senang tugas itu kpd sang ibu. Ada perkara yg sukar diluahkan kpd bapa, senang pada ibu.

” Tika mereka berdua masih kecil, sy pernah lamar seorang kenalan lama untuk jd ibu tiri, ditolaknya. Putus asa hingga skrg.

” Kini anak2 itu sudah dewasa dan mahu cari pasangan masing2 tp sukar kita berkomunikasi soal birds & bees. Rasanya lebih senang mereka berbisik pd seorang perempuan, seorang berstatus ibu pd mereka. Boleh ikut mereka ke lokasi shooting, boleh berbisik segala macam masaalah dialami.

” Dan bila pulang bolehlah ibu tiri itu longgokkan pd sy keluhan si anak. Bisik masaalah kpd PA selalunya bocor. Disini sy tewas. Cemuhan tak reti jaga anak dari haters, telan aje.

” Mmg terasa jua mahukan ibu tiri untuk mereka, mungkin ada jodoh diluar sana, antara beribu kenalan fb yg berstatus single, tp sy ni jenis tak reti ngorat..”

Begitulah panjang lebar luahan hati seorang bapa kepada pelakon cantik dan popular iaitu Emma Maembong. Walaupun ayat ‘last’ tu agak mencuit hati, namun terselit seribu makna dan harapan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan Ismail dipermudahkan segala urusan dan dipertemukan jodoh.

” InsyaAllah ada la nanti teman utk ayoh tu.. tingkatkan usaha dan doa..” komen seorang netizen

Status FB terdahulu Ismail Embong tarik perhatian netizen
Terdahulu status Facebook Ismail Embong, Emma Maembong mengundang teka-teki dan perdebatan dalam kalangan netizen.

Tanpa meletakkan nama atau memberi bayangan, status berkenaan sangat jelas seperti melepaskan sindiran kepada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas anaknya.

” Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aib mu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat & keluarga,” tulis Ismail.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: FB Maembong Ayoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *