Innalillahiwainnailaahirojiun.. salam takziah buat Dato @aliffsyukriterlajaklaris dan Datin @shahidadherbs atas pemergian ayah tercinta.. Semoga ditempatkan dikalangan org yang beriman.. Aamiin Ya Rabbal Al’Aamiin

Assalammualaikum. Saya selaku setiusaha @muhdiqbalsani kepada Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Dato Sri telah pun kembali kepada rahmatullah sebentar tadi. Marilah kita mendoakan arwah di tempat kan di kalangan orang orang yg beriman.. segala jadual bisnes atau apa sahaja boleh berurusan dgn sy..

Sumber:ig dato aliffsyukri

Sebelum ini dilaporkan

Aliff Syukri Meminta Orang Ramai Doakan Keselamatan Ayahnya
Aliff Syukri bergegas ke kampung setelah mendengar berita kurang baik tentang bapanya. Difahamkan bapanya sebelum ini mengalami sesak nafas.

Setelah sampai di kampung, Aliff Syukri terus bawa bapanya ke hospital dan diberitahu yang ayahnya kena serangan jantung stage 3 dan Paru2 penuh air.

Aliff juga menyatakan yang ayahnya memang jarang beritahu tentang masalah kesihatannya, mungkin tadak mahu orang risua mengenainya.

Mari kita sama-sama doakan keselamatannya, dan mudah-mudahanya semuanya selamat. Amin.

aliffsyukriterlajaklaris
doakan abah saya.. abah kena kuat saya tak puas berbakti pda abah😭😭syukri byk dosa dgn abah..
Ya Allah….abah saya dtg ke rumah kelmarin cakap sesak nafas dah hampir 2minggu di kampung… .. x telefon x apa terus dia dtg…..lepas hantar ke hospital Dr cakap abah saya kena serangan jantung stage 3 dan Paru2 penuh air….doakan segala nya dipermudahkan dan abah saya kembali sihat dah 2minggu sakit katanya tapi dia kata ingat biasa2 je…..dia kalau boleh mmg x nak susahkab anak tapi kadang2 sikap dia tu membahayakan nyawa😩 dia senyap sahaja di kampung dan bila saya tngok pelik saya bawa terus gi cekup di hospital..dan trus masuk icu😢😢 anak2 abah cuba buat yg terbaik….. kalau tak cepat mungkin akan jadi sebaliknya….doa yg terbaik…

Datuk Seri Aliff Syukri Kongsi Kepayahan Hidup Bapa, 24 Tahun Jadi Pengawal Keselamatan

Jika selalu menampilkan gaya hidup mewah di media sosial miliknya tapi baru-baru ini Datuk Seri Aliff Syukri membuat perkongsian berbeza.

Selepas mendapat darjah kebesaran daripada Sultan Pahang beliau sempat bertemu bapanya untuk berkongsi kegembiraan bersama bapanya.

Menyentuh hati netizen bila sambil memeluk Datuk Seri Aliff bapanya sempat mendoakan berulang kali mendoakan kejayaan bisnes anaknya.

Dalam pada itu Datuk Seri Aliff turut mengimbas kembali pengorbanan yang dilakukan oleh ayahnya yang bekerja selama 24 tahun sebagai pengawal keselamatan untuk menyara mereka sekeluarga.

Tak sangka anak tak pandai sekolah sampai ke tahap ini
Berdiri di tapak kaki sendiri ni lebih bermakna sebab kita rasa betapa susahnya nak berjaya lagi lagi budak tak pandai sekolah mcm saya ..

Bak kata abah saya, tak sangka anak abah tak pandai sekolah boleh smpai ke tahap ini. Hanya Allah saja tahu betapa gembiranya kami. Bukan gembira sbb dapat darjat tapi gembira keluar de kepompong kesusahan.

Keseronokan ini saya kongsikan dgn abah kandung saya Kamarzaman yg bekerja sebagai pengawal keselamatan selama 24tahun.

Abah dulu selalu dtg melawat dan temankan saya niaga di pasar tani. Walaupun dia tak membantu dari segi wang ringgit tapi kasih sayang dia dah cukup buat saya bahagia.

Sebab dia pun susah. Dulu bila niaga di pasar saya punya azam yg cukup tinggi nak berjaya. Kalau ada RM 10 saya hanya akan belanja RM1, begitulah saya mengajar diri untuk menyimpan duit jauh sekali nak mebazir beli barang berjenama.

Syukur dah mampu balas kepenatan abah
Dah niaga lama baru nak merasa semua ni sbb tu saya jakun skit😝😝. Saya jadi anak lelaki nak abah saya hidup senang dan selesa berbanding dahulu yg hanya duduk rumah flat 2 bilik seksyen 20 Shah Alam Blok 19. Adik beradik 7 org sebelah abah, mak bapak saya bercerai.

Syukur segalanya berubah, sekarang saya mampu balas kepenatan abah saya dan belikan kereta Honda Accord dan rumah teres conner lot (nak belikan banglo dia tak nak) dan kasi duit setiap bulan dan berehat sahaja di rumah.

Saya tak suka dia kerja keras mcm dulu-dulu sampai ke tua sbb nak besarkan kami adik beradik. Dia dulu sanggup pinjam duit org dan along semata-mata nak belikan saya basikal.

Sekarang saya hanya nak buat yg terbaik sebagai anak untuk memberi kebahagiaan kepada abah. Jauh sekali nak menunjuk. Saya harap abah dan mak saya tahu Aliff syukri bukan budak bodoh sekolah tapi saya ada penyakit disleksia punya semangat yg besar.Anton (nama manja saya masa kecik) sayag mak abah sampai syurga❤️❤️❤️

Kredit:VanilaKismis via monyet hijau via menujukebenaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *