Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir mengesahkan hubungannya dengan Sarah Hildebrand sudah berakhir sejak dua minggu lalu.

Nabil berkata dia tidak menyangka selepas hampir lima tahun bercinta, Sarah kini sudah bersama dengan lelaki lain.

“Ya, benar kami sudah putus dan surprisingly Sarah sudah pun move on dengan lelaki lain.

“Saya terkejut bila tengok di Instagram miliknya dia sudah bersama dengan orang lain. Baru sahaja.

“Bagaimanapun tidak dinafikan memang ada terjadi perselisihan faham antara kami sehingga membuat kami mengambil haluan sendiri,” katanya.

Nabil ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran produk kosmetik Anas di Flora Terrace pada Isnin.

Nabil diminta mengulas mengenai huhungan mereka selepas dilihat telah memadam gambar mereka berdua di laman Instagram.

Pun begitu, Nabil meminta supaya bertanya sendiri kepada Sarah mengenai hal itu, biarpun menyedari terdapat perbezaan versi cerita antara mereka berdua mengenai punca perpisahan berkenaan.

“Saya pun sukar nak ulas mengenai punca perpisahan kami, namun apa yang saya boleh katakan tiada lagi persefahaman antara kami berdua.

“Lagipun saya sebenarnya sudah menyedari perubahan yang berlaku terhadap diri Sarah sejak beberapa bulan lalu setelah berasa ada jarak antara kami,” jelasnya.

Hubungan antara Nabil dan Sarah sebelum ini menjadi tanda tanya apabila pengacara itu mengambil tindakan memadamkan semua gambar mereka berdua di laman sosial.

Sumber:gempak

Padam gambar bersama dan saling ‘unfollow’ di IG, Nabil Mahir dan Sarah berpisah?

Pasangan merpati dua sejoli ini pernah tular di laman sosial, apabila video gurauan mereka di tempat parking telah mendapat perhatian ramai apabila menyaksikan kemesraan hubungan pasangan kekasih ini.

Dikenali sebagai pasangan kekasih yang paling manis, Nabil Mahir dan Sarah Hildebrand masing-masing dilihat saling sepadan apabila sering memuat naik foto dan video berduaan di Instagram.

Namun baru-baru ini, Nabil Mahir telah memadamkan foto bersama kekasihnya di laman Instagramnya. Tindakan pengacara itu nyata telah mengundang spekulasi daripada netizen berkaitan hubungan kekasih mereka.

Hasil pemerhatian di Instagram Nabil Mahir, jejaka itu juga turut tidak lagi mengikuti akaun Instagram kekasihnya.

Tindakan Nabil juga turut diikuti oleh Sarah, apabila pelakon Pujaan Hati Kanda itu tidak mengikuti Instagram kekasihnya.

Namun apa yang menguatkan lagi spekulasi daripada netizen tentang keretakan hubungan kekasih ini adalah apabila Nabil Mahir telah memuat naik satu posting di Instagram, yang meluahkan rasa kecewanya kepada seseorang.

Tindakan Nabil dan Sarah telah mendapat respons peminat yang tidak menyangka hubungan mereka putus jika benar, memandangkan kedua-duanya dilihat amat serasi bersama.

Sumber:gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *