Ambo srabuk pruk. Jiran sebelah aku tu saja je buat my blood go upstairs. Aku tengah angkat baju sibuk nak borak benda menyakitkan hati. Membanding bini aku dengan dia. Ikut hati aku nak dicarutkan aje. Nasib baik aku ingat Tuhan. Ye la hidup bermasyarakat kan.

Aku dengan bini aku jumpa di McD area campus aku. Central region of Malaysia. Bini aku kira orang bandar la. Sebab dia memang asal situ, IPTA dapat kat situ. Kita bagi nama bini aku ni El(bukan nama sebenar) Aku menetap di Nismilan.

Aku lots of mix you know. Mek aku from Golden Sand, Klate dan abah aku dari Surrey-embarn, Nismilan. Purata perkataan yang wanita ucapkan adalah 10k. Jadi memang slang mek aku lagi terpateri dijiwa walaupun aku menetap kat Nismilan.

Aku jarang balik rumah lama2 waktu cuti semester. Aku jenis sibuk kumpul duit. Lagipun kampung aku sejam setengah je kalau merempit balik dengan ex5 aku. Ada satu mcD ni yg tiap kali cuti sem aku akan part time. Masa ni je la yang aku jumpa El dan agak rapat. Kat campus aku jarang jumpa dia sebab aku ada awek masa tu nama Fira(bukan nama sebenar). El fakulti lain walaupun dalam Engineering school jugak. Lagipun El ni mak dia ibu tunggal. Antara kelas selalu dia kena balik tolong uruskan adik-adik dia.

Fira ni all a man could ask for. A superficial man like myself back then. Jenis perempuan yang kalau dia senyum tu memang kau boleh cair. Perwatakan lembut dan suara macam Rani Mukherjee gitu. Kulit putih gebu. Dia agak cantik. Tapi lembab sikit. Selalu repeat. Selain pakwe dia, aku juga tutor dia. Time test atau exam aku kena paku dia duduk kat library belajar.

Bab birthday ke…Anniversary ke…Aku memang tak hafal. Aku jenis kalau aku nak bagi hadiah aku bagi. Bukan sebab2 macam ni la. Lagipun be realistic, kita student. Spender berlubang pun abah aku belikan baru masa nak naik semester. Lagi nak berdating sakan bagai.

Sejak student aku memang sangat thrifty. Jadi aku tak selalu date dengan Fira. Nak hadap kelas. Malam aku part time juga kat CC. 2 minggu sekali macam tu baru date. Tapi bila date memang all expenses aku tanggung. Dia juga motivasi aku nak part time setiap semester break. Kumpul duit supaya lepas habis belajar aku boleh terus tunang dan kahwin.

Masa last semester, abah hadiahkan aku Kancil lama warna hijau lumut. Abah beli cash, overhaul luar dalam. Punya bangga aku masa tu dapat bawa Fira naik Kancil. Sepanjang bercinta aku tak pernah bawa dia naik ex5. Kalau date kami naik public transport.

Abah aku pernah pesan masa hantar ex5 kat aku dulu “Ekau bawak anak daro orang ateh muto ni, den lompang kau sampai berpusing kepalo”…Abah aku dengan mek aku je jadi kucing jantan waktu nak mengawan…Miaow miaow gitu…Dengan anak2 macam harimau jadian…Aummm aummm aummmm…

Lepas tu aku pergi LI. Jauh. 6 bulan. Masa tu duit nan hado. Nak balik selalu memang tak la. 6 bulan jugak la aku cuma berhubung ngan Fira guna SMS. Masa tu SMS lagi tau. Aku siap register Fira dalam family plan. Free call free sms. Korang budak hingusan apa tau. Yang korang tau unlimited data.

Satu hari tu dia call aku minta putus. Katanya dia jumpa sorang mamat ni, Engineer. Caring. Celebrate birthday dia. Bawa jalan2 hari2. Aku masa dengar tu eyes rolling ke atas tangan kat bahu dah. Banyak benda aku buat untuk dia tapi dia pilih untuk pandang apa yang mamat ni buat.

Aku buat kering dan cakap OK. Dalam hati remuk Tuhan je tahu. Aku memang tak harap pun dia nak datang balik kat aku. Sayang tu sayang. Tapi rasa macam kena khianat. FB dia aku terus block.

Lepas LI sebelum start kerja aku balik Surrey-embarn 2 minggu. Lepak dengan mek. Cerita la kat mek pasal Fira. Tiba-tiba ape benda ntah merasuk aku. Aku bawak mek pergi Kuala Pilah. Separuh duit aku kumpul nak pinang Fira tu buat beli mek gelang. Dapat la tebal macam rantai basikal.

Belikan abah dan diri sendiri Blackberry sorang sebiji. Puas hati aku tengok diorang senyum. Simpanan kahwin aku tinggal la dalam 1k je macam tu.

Lepas tu aku balik ke ibukota nak mula kerja. Rumah sewa aku masih area campus sebab dah biasa duduk situ. Jadi El is still within reach. Masa ni aku start betul betul rapat dengan El. El ni jenis perempuan yang simple gile. Tshirt, jeans and ponytails. Memang jenis yang boyish. Aku lepak dengan dia, dia yang hisap rokok.

It is all casual antara aku dengan El. Kitorang selalu joging sama join event lari. Masa tu event lari yang famous SCKLM dengan PJHM je. Sekarang ni melambak event lari. Yang mengarut nak kaut duit je pun banyak. Dia ni alumni silat sekolah dia. Tiap hari rabu petang dia akan mengajar silat. Aku pernah tengok dia mengajar sekali.

Dia akan start dengan silat persembahan dulu. Yang bunga-bunga tu. Lepas tu baru dia ajar sparring. Bila budak-budak tu tendang atau tumbuk bunyi macam pelepek pelepek je. Sekali dia tendang padu bai. Bunyi dia aku takleh nak terangkan macam mana. Budak yang pegang cushion tu punya kuda-kuda goyang woiii. Budak tu dah la 6 kaki. El dalam 5 kaki 5 macam tu.

Masa tu aku tahu. Aku cakap kat diri sendiri “S…kau jangan macam-macam dengan El. Sekali dia tendang, telur separuh masak kau jadinya.” Lepas tu aku nak bahan dia pun agak control-control jugak. Takut punya pasal. Tapi bila mak dia call, kau boleh tahu El ni lembut sebenarnya. Aku tengah borak dengan dia kat kedai mamak.

Sekali dia tepuk dahi katanya terlupa nak call mak dia”Assalamualaikum. Mak El dah habis silat ni. Nak makan kejap. Mak jangan tunggu El. Makan la dengan adik-adik dulu. El balik sebelum maghrib habis. Ok I love you. Bye” Terkesima aku dengar. Memang El ni jenis bro bro punya perempuan tau.

Dia nampak aku tengah tenung dia kau orang tau dia cakap apa? “Eh b**i, apa tengok2?” Tak jadi aku nak terpegun dengan dia. Rasa nak siku pulak. Nasib baik aku ingat dia budak silat. Hehe.

Masa tu dia bro aku. Aku bro dia. Aku ingat lagi masa hantar kancil legend aku kat Surrey-embarn. El follow aku dari belakang naik kereta baru aku. Kancil tu aku nak bagi abah semula supaya adik-adik aku pulak boleh pakai. Mek nampak El. “Saing mu tu molek doh. Ramoh. Rajin. Bakpo paka koyok2 supo jin? Napok lutut…” Masa tu ye la. Takde plan nak buat bini.

Aku biarkan je dia pakai jeans koyak tshirt Rolling Stone datang rumah aku. Dia pandai sesuaikan diri. Sampai rumah je, dia nampak mak aku tengah masak, dia pergi belakang. Tolong2. Siap hidang semua. Basuh pinggan mak aku tak bagi. Tradisi rumah aku masak mak aku buat. Kemas dapur kami adik beradik(semua jatey) yang buat.

OTW balik ke rumah semula dia cakap dengan aku. “Best aku tengok family kau. Bahagia. Lengkap.” Dia mula buka cerita pasal ayah dia. Ayah dia ceraikan mak dia masa dia form 1. Dia anak sulung. Ayah dia kahwin lain dan teruskan hidup dengan family baru. Jarang la jumpa ayah dia.

“Ayah aku cakap mak aku mampu tanggung kitorang. Dia kerja keras ni untuk tanggung mak tiri aku dengan adik adik tiri aku.” El cakap tak pernah kurang pun dia rasa hidup dia tanpa ayah dia. Dia okay. Adik-adik okay. Makan minum pelajaran semua cukup tapi takde sentuhan seorang bapa.

“Masa kau sunat macam mana S?”

“Abah aku cuti 3 hari. Aku dengan adik aku sunat sekali. Luka abah aku tengokkan, masa nak kencing ngan mandi abah aku standby tepi toilet. Masa tu rasa macam raja lah. Aku siap menjerit masa first time kencing tu” Aku tersenyum sendiri bila teringat masa tu. Abah aku paksa aku dengan angah berdiri depan camera dalam keadaan bogel. Tangkap gambar before and after. Adoiiii. Sampai sekarang gambar tu mek simpan lagi.

“Adik aku sunat haritu aku ngan mak aku blurr. Tak tahu nak tolong macam mana. Dia menjerit dari dalam toilet. Aku blurr mak aku blurr. Kalau lah…haih”

Dia terdiam. Aku pun agak kekok masa tu. Aku pasang lagu SOAD Lonely Day kuat-kuat. Perjalanan aku dengan El lepas tu jadi sing a long atau car karaoke lagu-lagu SOAD, Metallica, Lamb of God. BTW, El punya music taste pun sama dengan aku.

Selain kerja, aku dengan El suka outdoor activity. Aku ingat lagi El ajak aku naik Kinabalu. Dengan tak pernah hiking terus nak test naik Kinabalu. To prepare ourselves we jog 5km every alternate date. Satu hari tu aku dapat BBM Fira. Entah bila exchange BB pin pun aku tak ingat. Dia jemput datang kenduri dia dengan mamat Engineer. Tarikh ngam ngam masa flight aku ke KK. Tak dapat la aku nak karok lagu pelamin anganku musnah nyanyian Azie masa wedding dia. Kahkahkah.

Masa naik gunung dengan El aku dah feel something funny dah. Tapi masa tu aku tak berani nak make a move sebab aku rasa itu rebound dan aku tak nak rosakkan persahabatan yang aku ada dengan El. Setahun aku belum move on dari Fira lagi. Aku nampak sesuatu pasal El yang aku tak boleh nampak dengan mata kasar.

Naik gunung ni benda yang tak mudah. Dia cabar mental dan fizikal kau. 6 jam perjalanan menaik dari Timpohon ke Laban Rata. Mental aku koyak. Dengan ex aku tengah menikah kat bawah. Tapi aku ada El. Walaupun ikut logik kudrat lelaki ni lagi kuat, tapi takde makna la kalau mental tak kuat.

“Come on S. Don’t be a bi**h. Kau boleh la. Jalan slow takpe jangan berhenti..Kita bukan berlumba nak sampai atas pun” Aku dapat tawan gunung paling tinggi di Malaysia dengan sokongan seorang El. Tapi sampai je kat Timpohon esok nya, kemain dia bahan aku. “Alah kau. Jalan sikit complain. Bila nak sampai. Jauh lagi ke. Lutut sakit lah. Sejuk lah. Drama queen!”

Macam tu la kami ber bro bro. Ambil aku masa 5 tahun untuk aku betul-betul berani nak luahkan perasaan dekat El. Rupanya dia pun macam takut-takut berani. Setahun lepas tu kami kahwin. Dengan usia dah nak menganjak 30an. Mek pun tak kisah aku kahwin dengan El walaupun dia pakai seluar koyak dulu.

Lepas kahwin dia pakai tudung. Kau buka almari dia semua warna gelap. Dari tudung sampai ke baju. Jeans je terang sikit. Aku rasa macam aku kahwin dengan Adam’s family. Style masih boyish. Tambah tudung je.

Sampai hari akad aku dengan dia ber aku kau. Lepas tu baru tukar dengan panggil nama. Atas pelamin banyak kali dia tunjuk penumbuk kat aku sebab aku ejek dia pakai makeup dengan baju bling bling. Masa first night pucat lesi muka El. Hahahahahaha. Lawak nak mati bila ingat balik. Tukar baju dalam toilet pulak tu. Hahahahahahahaha. Sampai harini aku bahan dia. Selain dari tu biarlah rahsiaaa…

Honeymoon kitorang pergi ambil diving license. Mek ngan mak mengamuk dengar kami pergi diving untuk honeymoon. Katanya penat diving macam mana nak buat cucu. Last2 cucu 2 tahun lepas tu baru muncul.

Kahwin dengan wanita macho ni mencabar jugak. Semua benda dia nak buat. Jadi sebagai suami kau kena la tunjuk power sikit. Jangan bagi semua benda bini kau buat. Jangan dia jadi macam kau ada ke takde sama je. Kau kena buat dia rasa kalau kau takde hidup dia agak ‘payah’. Tapi kalau kau mati, make sure ada insurans. Nyawa tak boleh ganti, jangan ganti dengan beban hutang kau pulak.

Dan dia jugak secara tak langsung ajar aku untuk jadi bapa yang present dalam hidup anak aku. Masa ayah dia sakit haritu, dia memang kekok nak urus ayah dia. Dia siap cakap “Kekok la…Lepas ni upah orang je la jaga ayah. El rasa macam terpaksa tau S..

Nak borak apa tak tahu..Nak mandikan macam mana tak tahu. Tak pun dia El urus adik. Mama jaga ayah.” Aku tahu kalau mak dia, terjun gaung pun dia sanggup. Mak tiri dia pulak tak boleh stay kat hospital sebab adik-adik tiri masih sekolah. Ada sekali tu ayah dia merajuk. Dia ngan adik2 dia buat kering je. ”
Alah. Sedih konon pasal kitorang tak ingat birthday dia. Kitorang ni hidup takde dia takde nak sedih2 pun”. Aku taknak la nanti sebab aku buat hal sendiri, anak-anak rasa kekok dengan aku bila dah besar nanti. Tak peduli. Tak ada rasa kasih. Macam ayah El ni.

Lelaki kena ingat. Ayah nak bond dengan anak memang kena extra. Macam bini aku tak payah try hard. Selak baju je anak aku terus berlari kat dia sebab anak aku menyusu. Tapi kalau aku, nak kena main dengan dia. Baca buku. Selalu borak borak. Kena mandikan dia. Mak dengan anak ni bond dia Allah dah jadikan sangat semulajadi dari dalam perut. Ayah kena try hard sikit.

5 tahun dah aku dah kahwin dengan budak silat ni. Tahun baru ni azam dia nak kurus. Dia dah enroll masuk gym muay thai. Haritu dia demo kat aku macam mana nak buat elbow dengan knee kick. Goyang jugak aku. Doakan aku tak perlu confess pasal Isteriku dan skill Muay Thai. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *