Pengguna twitter @mirasamsuri, membuat kejutan kepada ibunya dengan memberi sepasang konsert tiket untuk menyaksikan konsert Datuk Sri Siti Nurhaliza on Tour di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac ini.

Dia telah merakamkan momen kejutan yang diberikan buat ibunya itu serta memuatnaik rakaman video tersebut di platform sosial media.

Untung betul seorang ibu dapat anak macam ini ya? Lagi-lagi kalau dapat menonton penyanyi kegemaran mereka, betul tak?

Video yang dikongsi oleh Mira atau Fatin Syahira Samsuri, 26, pada Ahad yang lalu itu telah mendapat sebanyak 80 ribu tontonan dan lima ribu retweets. Rata-rata netizen menyatakan bahawa ibunya tampak comel setelah mengetahui kejutan yang diberikan anaknya itu.

Tambah Mira, dia dan keluarganya yang memang meminati Siti Nurhaliza berasa teruja kerana akhirnya dapat menonton Siti membuat persembahan secara langsung pada 16 Mac ini.

Pada asalnya, Mira ingin membeli tiket platinum yang ternyata lebih selesa buat dia dan terutama sekali ibunya akan tetapi tiket telah dijual dengan begitu pantas namun dia masih tetap berasa gembira kerana dapat memberi kejutan buat ibunya.

Bukan itu sahaja, disebabkan video itu telah mampu meraih sebegitu banyak tontonan, ia turut mendapat perhatian daripada Penyanyi Nombor 1 Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza.

Siti yang memuat naik semula video tersebut di ruangan Instagramnya menyatakan bahawa dia berasa sebak kerana mampu membuat orang bahagia dengan bakat yang dia ada.

“Alhamdulilah, Allah SWT kurniakan saya bakat untuk menghiburkan orang, semoga dengan bakat ini boleh menyatukan & membahagiakan semua tak kira usia serta latarbelakang kalian,” tulis Siti di kapsyen video tersebut.

Siti bakal hadir di Singapore Expo, Singapura bagi negara kedua buat tournya pada 2 Mac ini dan seterusnya akan membuat persembahan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac ini.

Jom tengok video:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular

Sumber: Ystyle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *