Susulan daripada kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Oktovia Manrose, ramai yang beranggapan bahawa penyanyi itu seperti mensia-siakan peluang yang diberi isteri Aliff, Bella Astillah selepas kontroversi terdahulu sedikit sebanyak menganggu keharmonian rumahtangga. Pada 2017, dunia hiburan dikejutkan dengan kontroversi Aliff pernah dikaitkan dengan pelakon Afifah Nasir sehingga menyebabkan berlakunya pertengkaran kecil antara suami isteri ini. Susulan dari hal itu, Aliff turut ditahan polis atas tuduhan memukul isterinya.

Rakan-Rakan Artis Simpati

Dalam pada itu, pendedahan yang dibuat Bella di Instagram nya benar-benar mengejutkan ramai pihak. Selain dari peminat, rakan-rakan artis seperti Mira Filzah, Betty Rahmad, Nad Zainal, Datin Paduka Eina Azman dan ramai lagi turut memberikan kata-kata semangat dan sokongan buat Bella. Rata-ratanya bersimpati dengan Bella selain mengharapkan pelakon yang juga penyanyi ini akan terus kuat menghadapi pelbagai dugaan.

Redha Sekiranya Berpisah

Dalam perkembangan lain, menerusi laporan sebuah akhbar Bella akui sudah tawar hati dengan suaminya itu. Malah jika seandainya perpisahan adalah jalan terakhir bagi perkahwinan mereka, Bella sudah bersedia dan redha dengan ketentuan-Nya.

Malah Bella juga akan berbincang dengan keluarganya mengenai isu rumah tangga mereka kerana membabitkan banyak pihak. Diharap agar Bella dapat kuatkan semangat dan dapat selesaikan isu ini dengan baik.

Sumber: Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *