Pelakon Aprena Manrose mengakui serba salah terhadap isu yang melibatkan kakaknya, Oktovia Manrose bersama penyanyi Aliff Aziz.

Menerusi entri di Instagram Stories, Aprena menjelaskan dia tidak berhak untuk masuk campur urusan mereka sebaliknya berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik.

“Bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya Aprena Manrose juga berdepan rasa serba salah diantara kemelut yang membabitkan kakak, Oktovia Manrose dan kawan baik Bella Astillah.

“Bagaimanapun saya sejujurnya tidak berhak mencampuri urusan ini. Tambahan pula, kedua-duanya sangat rapat dengan saya.

“Cuma yang salah tetap salah. Tak wujud istilah saya mempertahankan kakak. Malah dia sendiri sudah memohon maaf atas kelanjuran. Saya sendiri sebagai wanita dan isteri memehami getaran hati Bella saat ditimpa musibah ini.

“Cuma pada akhirnya saya harap mereka berdua dapat memilih jalan damai dan bersemuka depan mata tanpa perlu berbalas pendirian di laman sosial. Saya harap akan ada penamat yang baik antara mereka. Saya sayangkan mereka sangat.

“Untuk Aliff sendiri yang saya turut akrab ambillah tanggungjawab ini untuk berdepan secara budiman meleraikan segala-gala kekusutan

“Buat netizen terima kasih kerana terlalu prihatin tapi jangan terus pantas menjadi wira papan kekunci. Belajarlah juga untuk tidak terus menghukum. Kita semua manusia biasa,” tulisnya.

Semalam, Bella Astillah menunjukkan bukti suaminya sedang berlaku curang dengan pelakon Oktovia Manrose.

Oktovia mengaku salah dan memohon maaf atas kesalahannya serta mengharapkan Bella dan Aliff dapat menyelesaikannya secara baik.

Sumber: gempak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *