SEMBILAN daripada 10 individu dalam masyarakat di negara ini dikesan langsung tidak memiliki wang simpanan walaupun ada yang bergaji purata mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

Pakar kewangan, Shamsuddin Kadir berkata, hasil tinjauannya terhadap pelbagai golongan bekerja di seluruh negara mendapati trend menyimpan wang dalam kalangan masyarakat sangat kritik4l.

Peribahasa “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit” sinonim dengan amalan menabung yang sepatutnya dijadikan budaya sejak pelajar masih kecil lagi. Amalan itu perlu bermula secara sedikit-sedikit dan sejak awal kerana seperti kata pepatah “ kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Harapan tiada lain melainkan amalan menyimpan dan berjimat-cermat sejak awal itu akan menjadi kebiasaan apabila dewasa. Selain dapat mengelakkan pembaziran, pada masa sama tabungan secara sedikit-sedikit itu boleh digunakan untuk menampung keperluan terutama apabila melanjutkan pelajaran.

Jangan jadikan alasan gaji kecil tak boleh nak menyimpan gaiss. Sebenarnya ada cara yang korang boleh cuba buat untuk menyimpan wang. Seperti apa yang dikongsi oleh Haryani Salim ini, student pun boleh saving sebab cara ini memang ikut kemampuan kewangan korang.

Macam mana gadis ini buat? Jom kita ikut style simpanan duit yang telah dia lakukan sebelum ini.

1. Tengok kemampuan korang untuk letak dalam tabung berapa ringgit sehari. Hari-hari mesti kena letak. Kalau nak semangat, ajak kawan atau partner.

Jika mampu satu hari RM50, korang boleh letak RM50 sampai 31 Disember setiap tahun. Kalau mampu letak RM1, letak la RM1. Paling penting, jumlah yang tak membebankan dan simpan dengan konsisten.

2. Bila dah tahu berapa nak letak sehari, tulis tarikh 1 Januari sampai 31 Disember untuk elak diri daripada tak masuk dalam tabung setiap hari. Bila dah masukkan duit, tick. So, korang takkan ada satu hari pun yang tak menabung.

3. Beli tabung yang tak boleh buka. Penting! Ini untuk mengelakkan tangan kita gatal untuk ambil duit dalam tabung. Hiks! Beli yang murah je sebab hujung tahun nak pecahkan juga.

4. Selain duit kertas yang kita masukkan tu, korang juga boleh simpan duit syiling 50 sen. Jangan campur dengan syiling lain. Kalau sebalang 50 sen, buat sampai penuh. Tak tipu, paling sikit korang boleh dapat RM500. Guna je balang coklat macam dekat kedai tu..

5. Next, simpan duit syiling. Jangan guna duit syiling. Setahun korang boleh dapat dalam RM90-Rm100 dalam tangan. Beli la tabung kecil atau bekas kecil yang boleh letak syiling.

6. Kalau ikut minggu, setahun ada 52 minggu. Minggu pertama RM1, minggu kedua RM2 dan seterusnya. Sampai minggu ke 52, dalam tangan korang aka nada lebih kurang RM1300++.

Nampak macam mudah. Kalau simpan RM1 sehari pun, setahun dah dapat RM365. Okay la tu daripada tak kumpul duit langsung kan? Belum lagi masuk duit syiling yang korang simpan tepi juga. Boleh la buat sesak-sesak nanti.

Sesiapa yang baru mula atau pernah saving tapi tak sampai sebulan dah guna duit simpanan tu, jangan guna nilai yang banyak untuk menyimpan. Biar sikit asalkan konsisten.

Amalan menabung membimbangkan
“Kebanyakan golongan ini berumur antara 20 hingga 60 tahun. Dalam maklumat yang diperoleh melalui tinjauan seminar kewangan yang diadakan, alasan yang diberikan adalah gagal menyimpan wang kerana kos sara hidup yang semakin mendesak.

“Ada yang bergaji sehingga RM25,000 sebulan tetapi tidak dapat menyimpan, selain ada hutang kad kredit mencecah RM400,000 kerana terlalu mengikut trend gaya hidup mewah akibat bimbang dengan pandangan orang lain,” katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Shamsuddin berkata, kebanyakan masyarakat hari ini lebih gemar menjadikan gaya hidup sebagai matlamat kepuasan dalam hidup mereka.

Walaupun kos sara hidup semakin meningkat pada setiap masa, masyarakat sebenarnya boleh melakukan pelbagai cara untuk menyimpan dan mampu membebaskan diri daripada belenggu masalah kewangan.

“Perkara pertama kita perlu fahami bahawa wang yang disimpan perlu digandakan. Misalnya, menggunakan gaji walaupun dalam jumlah sedikit untuk menyimpan melalui unit amanah saham, Tabung Haji, pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau membeli emas.

“Jika wang hanya dimasukkan ke dalam akaun simpanan di dalam bank, itu tidak boleh dipanggil simpanan kerana tidak akan menggandakan jumlah sedia ada,” katanya.

Malah, katanya, menabung di rumah sebagai contoh menggunakan kaedah mengumpul duit kertas berwarna tertentu juga tidak boleh dianggap sebagai menyimpan, sebaliknya lebih kepada menabung untuk waktu kecemasan.

“Namun, kaedah itu, katanya dapat menyelamatkan kita pada saat terdesak memerlukan wang. Malah, ada yang berjaya menabung wang kertas berwarna tertentu sehingga mampu membuat bayaran pendahuluan membeli rumah baharu,” katanya.

Tambah Shamsuddin, satu lagi penyebab masyarakat tidak dapat menyimpan wang adalah kerana sakan berbelanja pada musim perayaan atau mengadakan majlis perkahwinan.

Katanya, faktor itu menjadi penyebab yang memusnahkan pengurusan kewangan orang ramai apabila ada membuat pinjaman peribadi semata-mata mahu kelihatan hebat di mata orang sekeliling.

Selain terikut-ikut dengan gaya terkini, promosi yang diadakan setiap kali musim perayaan juga mengakibatkan ramai terjebak ke kancah hutang dan berbelanja lebih daripada pendapatan.

“Sebagai pakar kewangan yang sudah 17 tahun bergelumang dan berhadapan pelbagai ragam manusia, saya sentiasa menasihatkan orang ramai agar mencari ilmu mengenai asas kewangan dan mula menyimpan untuk masa depan,” katanya.

Faham gaiss? Jom buat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *