GAMBAR]”Time S3ksi Minta Kena Kecam, Time Bertutup Litup Minta Dipuji…,” – Dek Komen Melampau, Fasha Tempelak Individu Ini

Akibat mengkritiknya secara melampau, pelakon, Fasha Sandha ada berkongsi beberapa keping foto individu yang dimaksudkan di satu entri menerusi Instagram.

Menerusi foto yang dimuat naik itu, individu tersebut memberi bayangan bahawa pelakon Teratai Kemboja itu seperti mahu ‘minta’ dikecam apabila berpakaian seksi.

Tetapi apabila bertutup litup, seperti mahu dipuji pula.

“Time seksi minta kena kecam time bertutup litup minta dipuji. Itulah Fasha Sandha drama band sungguh,” tulis individu tersebut.

Lantas komen yang ditinggalkan itu turut dibalas Fasha.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata ini ada memberikan kenyataannya menerusi ruangan kapsyen.

View this post on Instagram

Siapakah Hamba Allah ni. Lagi seorang pengikut yang berhijab, cantik tapi bermulut puaka begini. Asal apa saya buat semua salah… Tapi kalau orang lain,? Vvip ke atau orang lain buat semua betul dimata 'hijabista bawang' macam diorang ni. . Ahli keluarga siapakah ini? Kawan siapakah ni? Mohon nasihatkan dia… Kalau dah benci, silakanlah unfollow… Kenapa masih follow saya? Saya post gambar saya berhijab untuk berterima kasih pada peniaga online yang hadiahkan saya bukan mintak dipuji. Awak juga agen peniaga kan? Kalau awak bagi hadiah pada orang, awak akan rasa dihargai bila orang tu tag kan? Awak memalukan jenama perniagaan awak bila awak fitnah dan menghina orang macam ni. Apapun terima kasih…. Asyik sibuk jaga bab aurat orang, bab dosa besar atas menfitnah orang tak fikir pula… Hari2 nak buli artis ke ? . . #stopcyberbullying

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Siapakah Hamba Allah ni. Lagi seorang pengikut yang berhijab, cantik tapi bermulut puaka begini. Asal apa saya buat semua salah… Tapi kalau orang lain,? Vvip ke atau orang lain buat semua betul dimata ‘hijabista bawang’ macam diorang ni.

“Ahli keluarga siapakah ini? Kawan siapakah ni? Mohon nasihatkan dia… Kalau dah benci, silakanlah unfollow… Kenapa masih follow saya?

“Saya post gambar saya berhijab untuk berterima kasih pada peniaga online yang hadiahkan saya bukan mintak dipuji. Awak juga agen peniaga kan? Kalau awak bagi hadiah pada orang, awak akan rasa dihargai bila orang tu tag kan? Awak memalukan jenama perniagaan awak bila awak fitnah dan menghina orang macam ni.

“Apapun terima kasih…. Asyik sibuk jaga bab aurat orang, bab dosa besar atas menfitnah orang tak fikir pula. Hari2 nak buli artis ke kaum macam diorang ni??

“Lepas ni Silakan private ig anda segera sbb gambar ig u yang bercakap tentang ketuhanan tak match dengan kata2 yang keluar dari mulut u kak,” tulis Fasha panjang lebar.

komen peminat:

Foto: Instagram Fasha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *