SEJAK mengumumkan dirinya tidak lagi memakai tudung pada bulan lalu aktres Emma Maembong dilihat mula memuat naik gambar terbaharunya di Iaman sosial Instagram.

Paling terbaru Emma berkongsi gambar shooting Cinta AlifBaTa dan rata-rata pengikutnya memuji kecantikan pelakon muda itu dan ada yang masih meluahkan rasa sedih terhadap tindakannya.

“Cantiknya seperti puteri tapi bila pakai tudung macam bidadari”

Aaaaaaaa lawanyaaaaaa

Cute la kak emma

Beautiful sweet girl

Sementara itu, walaupun Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 27, menerima pelbagai kecaman hebat namun masih ramai memberikan kata-kata semangat kepadanya selain berharap dia akan kembali menutup aurat.

Sebelum ini, Emma memberitahu bukan mudah untuk istiqamah dan kekal imej bertudung yang dipakainya sejak lima tahun lalu.

Dia juga mengaku keputusannya itu bukan sesuatu yang patut dijadikan contoh selain bersedia menerima sebarang kecaman.

semoga emma kembali bertudung seperti dulu, doakan yang baik2 aje

Sumber : mstar dan ig emma maembong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *