Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, agak sukar untuk melihat atau membaca berita tentang si cantik bernama Intan Ladyana Mohamat Yahaya, baik di dada akhbar atau di kaca televisyen.

Pilihan Intan yang kini lebih selesa memunculkan diri apabila perlu dan tidak 
lagi mengejar soroton populariti menjadikan ada peminat beranggapan, dia perlahan-lahan ingin mengundurkan diri daripada dunia lakonan.

Wanita berusia 36 tahun itu bagaimanapun ada alasan tersendiri. Dia sebenarnya sudah puas menikmati zaman percikan publisiti di sana-sini sewaktu usia 20-an.

Kini dia mahu kehidupannya dengan lebih privasi seiring status sebagai pelakon yang agak senior dalam industri.

View this post on Instagram

thank you for dinner tonight #pitckl

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

Namun, Intan yang kini sedang menjalani penggambaran filem terbaharu bertajuk Town Mall menegaskan, dia bersikap lebih selektif untuk menerima tawaran berlakon agar jadualnya tidak hanya dibebani kerja, sekali gus mempunyai masa untuk aktiviti lain dalam kehidupan seharian.

KOSMO!: Mungkin boleh Intan kongsikan, mengapakah anda kini dilihat memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tertutup?

INTAN: Mungkin faktor usia (tertawa) tetapi sejujurnya saya bahagia begini kerana seperti orang lain, saya bebas ke mana-mana pada bila-bila masa.

Saya sudah berada dalam industri lebih 10 tahun, jadi sewaktu zaman puncak dahulu, saya sudah puas menikmati tumpuan dan perhatian media dan peminat. Sekarang, biarlah saya tenangkan diri dan berikan peluang kepada mereka yang baru hendak membina nama dalam industri.

Adakah pendekatan selektif dalam soal pemilihan karya lakonan merupakan petanda bahawa anda mahu bersara daripada dunia lakonan?

Buat masa sekarang, masih belum terlintas mahu bersara kerana saya sayangkan kerja lakonan dan ia merupakan minat saya yang paling mendalam.

Namun, saya akui saya sangat selektif supaya apabila muncul dalam mana-mana naskhah, ia akan meninggalkan impak serta kesan yang mendalam juga kepada penonton. Saya tidak mahu menerima tawaran hanya kerana mahu memastikan muka saya diingati orang. Saya lebih risau jika mereka bosan melihat saya berulang kali di televisyen.

Tidakkah tindakan sebegitu membuatkan populariti anda semakin berkurangan?

Bagi saya, itu bergantung kepada rezeki masing-masing. Setakat ini, walaupun jarang berlakon, namun tawaran sentiasa ada. Lagipun saya okey sahaja dengan situasi sudah tidak sepopular dahulu kerana apa yang penting, hasil kerja saya diakui penerbit, pengarah dan peminat.

Mungkinkah pendekatan mengelak daripada kerap muncul kerana tidak mahu berdepan persoalan media tentang cinta atau peribadi?

Tidaklah, saya bukan baru sehari dua bergelar artis, jadi sentiasa perlu bersedia dengan soalan-soalan begitu. Cuma pendirian saya, soal peribadi biarlah rahsia sendiri kerana saya dikenali kerana kerjaya dan bukan sebab lain.

Saya memang tidak akan bercerita atau menjawab soal peribadi kerana menganggap ia privasi yang perlu disimpan sendiri.

Boleh kongsikan sedikit tentang watak anda dalam filem Town Mall?

Saya memegang watak Maya iaitu isteri kepada Rusdi lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof. Saya menerima tawaran ini kerana pertama, saya memang peminat cerita seram dan keduanya, watak Maya berbeza dengan karakter cerita hantu yang pernah saya bawakan sebelum ini.

Karakternya yang agak berat, perlu bermain emosi, namun dalam masa sama perlu tampil menggoda. Jalan ceritanya juga agak berbeza berbanding kisah hantu yang biasa didengar.

Sebagai peminat cerita seram, apa lagi watak dalam genre berkenaan yang anda mahukan?

Saya mahu bawa watak hantu dan bukan sekadar orang yang dirasuk. Pada saya, cabaran menjadi karakter hantu yang perlu menimbulkan rasa seram kepada penonton bukan satu tanggungjawab mudah.

Jika ada tawaran, saya pasti akan menerimanya kerana ia akan memberikan kepuasan sebagai seorang pelakon.

View this post on Instagram

@planeinthecity #pitckl

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

View this post on Instagram

should i cut my hair this short? 💭

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

View this post on Instagram

good night 💤

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

View this post on Instagram

happy new year! what’s your new years’s resolution?

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

View this post on Instagram

what’s for lunch guys? 💭💭

A post shared by 🎬 (@intanladyana) on

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *